Siakap Keli

Hujan Lebat 3 Hari Di Kelantan, Terengganu dan Pahang Mulai Esok

Hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang selama tiga hari mulai esok (11 Dis).

Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan amaran cuaca waspada itu dijangka berlaku di jajahan Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan.


Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang juga diramal mengalami hujan lebat dalam tempoh sama. – Bernama

Nur Farra