Siakap Keli

(Video) Ciptaan Anak Malaysia Tapi Tempah Nama Di Luar Negara, ‘Stixfresh’ Pelekat Label Ajaib Buat Buah Tahan Lama

Dalam proses membawa hasil ke supermarket, dianggarkan 52% buah-buahan dan sayur-sayuran segar dibazirkan sebelum sampai kepada pengguna.

Masalah pembaziran makanan membuatkan Zhafri Zainudin berhasrat untuk mengubah industri pertanian dengan memperkenalkan StixFresh, pelekat label yang mampu memanjangkan kesegaran dan jangka hayat buah-buahan tertentu.

Pelekat tersebut disalut dengan campuran natrium klorida dan lilin lebah, yang melambatkan proses pematangan buah dengan membuang etilena.  Stixfresh adalah satu-satunya pelekat label yang boleh dimakan sekali bersama buah tersebut.

Dengan matlamat untuk membuat buah-buahan bertahan lebih lama dengan cara semulajadi, Zhafri menghabiskan hampir 3 tahun untuk menyempurnakan pelekat dari segi keberkesanan dan proses pembuatannya.

StixFresh kemudiannya ditubuhkan secara rasmi pada 2017.

“Kami melakukan pembangunan bersama UPM universiti, institusi penyelidikan dan agensi seperti Mardi dan SIRIM, dan baru-baru ini dengan Universiti Bogor dan University of South Australia,” tambah Zhafri.

Pada mulanya, StixFresh hanya disasarkan untuk memanjangkan hayat mangga. Kemudian, mereka menyedari bahawa ia juga berfungsi kepada jenis buah-buahan lain yang mempunyai saiz yang hampir sama, dan persamaan lain seperti tekstur kulit, penyakit dan serangan kulat. StixFresh kini berfungsi dengan baik dengan sesetengah buah seperti mangga, avocado, betik, buah naga, buah belimbing, epal dan pear.

Sumber: Fresh Plaza

Nur Farra