Siakap Keli

‘Dipulau’ Guru Kelas, Tak Bagi Duduki Ujian, Bekas Pelajar Kanser Diasingkan Takut Penyakit Berjangkit

Seorang pelajar yang disahkan menghidap penyakit kanser telah ‘dipulaukan’ guru kelasnya sendiri kerana dipercayai akan membawa penyakit.

Pelajar tersebut telah didiagnosis kanser limfoma, dikenali sebagai kanser darah yang berpunca daripada pertumbuhan sel-sel abnormal.

Walau bagaimanapun, dia telah disahkan bebas daripada virus kanser selepas menjalani rawatan kimoterapi.

 

Selepas secara rasmi diberitahu bahawa dia sudah bebas daripada kanser, bapa kepada pelajar tersebut telah mendaftarkannya ke sekolah baru di daerah Huai’an.

Pada suatu hari, pelajar itu pulang tanpa membawa keputusan peperiksaan yang sepatutnya diperoleh.

“Cikgu tak bagi saya menduduki peperiksaan kerana mendakwa bahawa penyakit saya berjangkit,” kata kanak-kanak itu kepada bapanya.

“Cikgu kemudian memaksa saya duduk bersendirian di bahagian belakang kelas untuk mengasingkan saya dengan pelajar lain.”

Sehubungan isu itu, pengetua sekolah berkenaan telah menjalankan siasatan lanjut terhadap dakwaan diskriminasi yang berlaku.

Sumber: Nextshark

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.