Siakap Keli

Wanita Ini Mahu Stafnya Utamakan Keluarga Daripada Kerja, Rela Tutup Syarikat Daripada Lihat Pekerjanya Bersedih

Seorang wanita yang juga seorang ahli perniagaan yang berjaya ini mungkin menjadi majikan dambaan semua pekerja di seluruh dunia.

Charity Delmo, seorang wanita berbangsa Filipina merupakan pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Ideal Vista Consultancy telah berkongsi satu kemas kini yang amat menyentuh hati di laman facebook miliknya.

Melalui kemas kini tersebut, Delmo meminta semua pekerja yang bekerja di syarikatnya supaya sentiasa mengutamakan ahli keluarga dan orang tersayang berbanding syarikat dimana mereka berkhidmat.

”Saya mengambil kamu bekerja dengan harapan kamu dapat menafkahi keluarga kamu dengan baik, bukannya merampas kamu daripada mereka. Untuk melatih kamu dengan kemahiran bekerja, bukannya merosakkan kemahiran keibubapaan kamu. Untuk menjadikan kamu insan yang lebih baik, bukan sahaja untuk syarikat bahkan untuk keluarga kamu,” katanya.

Menurut Delmo lagi, apabila stafnya perlu memilih antara keluarga dengan syarikat, beliau merayu agar mereka mengutamakan keperluan keluarga terlebih dahulu berbanding syarikat.

”Apabila tiba masanya kamu perlu memilih antara menghadiri aktiviti sekolah anak-anak kamu ataupun menghadiri mesyuarat dengan klien, atau tersepit diantara permintaan isteri atau suami kamu dengan arahan saya sebagai majikan, tolong utamakan merela terlebih dahulu.

”Saya tahu, tidak semua majikan memahami prinsip yang saya pegang dalam kempimpinan syarikat. Tetapi saya lebih rela menutup syarikat berbanding melihat kamu terlepas aktiviti-aktiviti sekolah anak-anak kerana menghadiri mesyuarat.

”Atau melihat kamu berada dalam keadaan bersedih disebabkan ketidaksefahaman diantara kamu dengan orang tersayang.

”Mereka memberikan kamu ‘rumah’ pertama sebelum syarikat memberikan kamu ‘rumah’ kedua, mereka keluarga kamu terlebih dahulu sebelum kamu menjadi sebahagian daripada keluarga kami di syarikat,” katanya.

Delmo juga percaya bahawa pekerja yang bahagia ketika di rumah pasti akan gembira untuk bekerja.

”Jadi, pulanglah ke rumah. Ada di rumah. Kerja boleh tunggu, saya pun boleh tunggu. Keluarga dan rumah kamu, sekali ia hancur ia tidak akan sama lagi, termasuk kamu,” katanya.

BACA : Masa Untuk Salin Perabot Rumah, Kunjungi Stor Empire Classic Furniture Dan Nikmati Diskaun Sehingga 80 Peratus Sempena Jualan Akhir Tahun

Sumber : Charity Delmo

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di