Siakap Keli
Gambar : FB Mohd Zulhairi Zainol

Sayu, Ayah Rebah Dan Terus Meninggal, Ada RM200 Je Untuk Kebumi Jenazahnya, Nak Kebumi Pun Tak Tahu Di Mana

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

”Ada RM200 je, tak tahu nak kebumi ayah kat mana,” itulah salah satu pengalaman yang terpaksa dihadapi oleh Mohd Zulhairi Zainol dari pasukan amalteam yang membantu dalam urusan penghantaran jenazah ke rumah waris yang tidak berkemampuan.

Beliau yang berkongsi kisah tersebut di laman facebooknya meluahkan rasa terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia yang sudi membantu dalam urusan pengebumian arwah sehingga semuanya selesai walaupun tidak mengenali satu sama lain.

Arwah yang merupakan seoarang mualaf, meninggal dunia sebaik pulang melawat anaknya di sebuah universiti. Kematiannya mudah, tiba-tiba rebah dan terus meninggal dunia. Moga diberikan ketabahan kepada isteri dan anak-anak yang ditinggalkan.

Buat amaltem tahniah kami ucapkan atas usaha anda, moga lebih ramai lagi rakyat Malaysia membantu menggerakkan usaha murni ini.

Baru sempat nak kongsikan cerita malam tadi.

7.30pm kami dapat panggilan dari forensik selayang mengatakan ada waris kurang berkemampuan nak hantar jenazah ayahnya ke telok intan, ada duit RM200 je itu pon anaknya pecahkan tabung..

8.45pm hery sampai dari bangi dengan volunteer badang, setiba kami sampai waris rupanya mualaf dan masih buntu nak kebumikan di mana, sebab arwah datang ke tanjung malim untuk ziarah anaknya yang belajar di situ… otw balik tiba-tiba rebah dan terus meninggal…

Gambar : FB Mohd Zulhairi Zainol

10.30pm mereka masih tak tau nak kebumi di mana, so hery masuk campur sikit urusan mereka… makcik nak kebumi di mana arwah nie, arwah orang perak kalau boleh nak tanam di perak,… kalau boleh yang dekat anaknya nak ziarah.

So, hery gunakan media fb untuk bantu, ada hamba Allah yang hery tak kenal mintak bantuan orang kampung uruskan semua kubur..

Gambar : FB Mohd Zulhairi Zainol

11.00pm kami bertolak ke kampung sungai sekiah behrang ulu.. dalam perjalanan hery tanya ibunya.. makcik dah makan ke dengan anak-anak, belum kami dari pukul 4pm tak makan… lalu hery singgah makan kat sg buaya… hery belanja diorang makan semua kelaparan.

1.00am kami tiba di kampung, hery solatkan imamkan solat jenazah bersama student universiti, alhamdulilah rakan anak-anaknya ramai membantu…

Gambar : FB Mohd Zulhairi Zainol

2.00am orang kampung siap membuat liang lahad, terima kasih orang kg sekiah terlalu bagus terlalu ramai yang bantu padahal kami tak kenal sorang pon, kerana islam kita bantu sehingga selesai…

Gambar : FB Mohd Zulhairi Zainol
Gambar : FB Mohd Zulhairi Zainol

3.30am selesai.. segala urusan amalteam bantu, sumbangan rm1000 diberikan, van jenazah kita bantu free duit mandi & kafan kita bayarkan semula pada waris.. atas sumbangan kalian, terima kasih team forensik selayang bagi kes-kes mcm nie,.. orang-orang kg sekiah, rakan-rakan fb yang bagi info kebumi di kampungnya pon terima kasih…. kalian memang oshemmmmmmmmm.

5.00am hery sampai di bangi dan selamat dirumah.

Sumber : Mohd Zulhairi Zainol

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.