Siakap Keli
Pulse.ng

”Terima Cabaran”, Ronaldo Pelawa Messi Berhijrah Seria A Itali

Penyerang Juventus dan juga selebriti sukan ternama dunia, Cristiano Ronaldo secara terbuka mencabar Lionel Messi untuk berhijrah ke liga Itali, Seria A.

Ronaldo sebelum ini melakukan kejutan apabila bersetuju untuk berpindah ke Itali setelah sekian lama berbakti untuk Real Madrid di La Liga dengan yuran perpindahan RM 521.43 juta.

Mereka berdua sebelum ini sudah sekian lama diangkat sebagai pemain bola sepak terbaik di dunia dengan kedua-duanya mendominasi anugerah Ballon d’Or, masing-masing dengan lima trofi sebelum persembahan memukau Luka Modrid di Piala Dunia lalu bersama Crotia dan kelab, Real Madrid manamatkan penguasaan kedua-dua individu tersebut.

”Saya gembira jika dia (Messi) mahu ke Itali satu hari nanti. Terima cabaran, seperti saya. Tetapi jika dia gembira di sana (La Liga), saya menghormati keputusan tersebut,” kata Ronaldo.

Ronaldo sebelum ini beraksi selama sembilan musim bersama-sama Real Madrid selepas berhijrah daripada Real Madrid pada 2009, manakala Messi tidak pernah beraksi di liga yang berbeza kecuali La Liga bersama-sama Barcelona.

Ketika ditanya sama ada beliau merindui ‘musuh’ atas padangnya itu, Ronaldo sekadar menjawab bahawa Messi mungkin lebih merinduinya.

”Saya telah bermain di England, Sepanyol, Itali, Portugal dan negara saya, ketika di masih kekal di Sepanyol. Mungkin dia yang lebih merindui saya. 

”Untuk saya, hidup adalah satu cabaran. Saya sukakannya dan saya suka buat peminat-peminat saya gembira. Dia adalah pemain yang hebat, tetapi di sini tiada apa yang saya rindukan. Ini hidup saya yang baru dan saya gembira.

”Saya keluar daripada zon selesa dan berhijrah ke Turin untuk terima cabaran baru. Semuanya berjalan dengan baik dan saya telah buktikan saya masih pemain yang hebat,” katanya.

Sumber : BBC

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Editor: Fazidi

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di