Siakap Keli

(Video) “Mungkin Dia Sepatutnya Disembelih Tapi Sempat Lari,” Mi Terkeluar Bila Dijamah, Anjing Jalanan Dizalimi Hingga Leher Berlubang

Sebak jika dilihat rakaman video seekor anjing yang mungkin kelaparan ingin menjamah makanan dihadapannya namun apa yang menyedihkan, makanan yang ditelan keluar balik melalui lubang besar di lehernya.

Seorang pengguna Facebook, John Paolo Santiago Navea, yang merakam detik itu terkejut sebaik sahaja melihat perkara tersebut dengan mi yang diberikan olehnya.

“Semasa saya melihat ia makan, saya nampak ada beberapa mi keluar.  Apabila saya datang dekat, ada lubang besar di kerongkongnya.”

“Saya menganggap haiwan itu mungkin sepatutnya disembelih, tapi sempat melarikan diri,” kata Santiago sambil menambah bahawa tindakan kejam ini patut dihentikan.

Beliau turut menggesa pemilik anjing berkenaan yang tidak lagi mahu membela, sebaiknya menyerahkan haiwan itu kepada pihak berkuasa dan bukan meninggalkan mereka di jalanan.

Undang-undang Filipina menyatakan bahawa, mana-mana orang awam yang membuat kekejaman ke atas haiwan, penipuan dan pengabaian akan dihukum penjara atau denda.

Sumber: Facebook 

Nur Farra