Siakap Keli

(Video)”Mesin Pembunuh” Untuk Perang Cetus Kembimbangan, Mungkin Bertindak Di Luar Batas

Memperkenalkan robot mesin pembunuh di medan perang mungkin memberikan kesan buruk kepada sejarah manusia, menurut pemerhari dunia pertahanan.

Kegusaran ini muncul selepas beberapa buah negara maju ketika ini sedang berlumba-lumba mahu menjadi negara pertama yang berjaya menghasilkan senjata berbahaya dengan operasi penuh itu secepat mungkin.

Sebelum ini, satu inisiatif global yang cuba menghalang negara-negara ini daripada menggunakan senjata sedemikian rupa di medan perang mendapat tentangan hebat daripada negara-negara tersebut.

Antara negara-negara yang menentang adalah Amerika Syarikat, Israel, Australia dan Korea Selatan dipercayai berjaya mencapai kejayaan signifikan dalam teknologi tersebut dan menggesa lebih banyak forum terbuka dilakukan bagi membincangkan isu berkenaan sebelum sekatan dibuat.

Richard Moyes, salah seorang pensyarah yang juga penggerak inisiatif global Kempen Menghentikan Robot Pembunuh (CSKR) mendedahkan bahawa penggunaan senjata sedemikian rupa untuk tempoh jangka panjang tanpa selian manusia boleh menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak sama ada dalam kalangan orang awam mahupun anggota tentera.

”Tentera tidak mahu dihantar ke medan perang dengan robot yang tidak boleh dijangka tindakkannya, mungkin boleh bertindak di luar batas kemanusiaan,” katanya.

”Kerisauan utama kami adalah robot pembunuh bebas kawalan manusia ini dibenarkan beroperasi dalam medan perang terbuka, dan untuk tempoh masa yang lama boleh menyebabkan kematian atau kemusnahan yang tidak boleh dijangka oleh komander perang.

”Jika kita tidak tahu arah mana robot ini akan melepaskan tembakkan, penciptanya tidak mungkin mempunyai alasan moral untuk mempertahankan diri daripada diadili berhubung akibat terhasil daripada senjata sedemikian rupa.

”Kami percaya, perlu adanya penguatkuasaan di peringkat global untuk menghalang negara-negara ini. Ia buka soal melindungi orang awam dan maruah, tetapi juga dari segi praktikaliti,” katanya.

Ketika ini kebanykkan robot dibina dengan kecerdasan buatan bagaimanapun masih bergantung kepada kawalan penciptanya.

Antara syarikat pendahulu yang membangunkan senjata dron pembunuh dengan kecerdasan buatan adalah Strato Energetics. Video dron berkenaan ada di bawah.

 

 

Sumber : Daily Mail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Editor: Fazidi

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di