Siakap Keli

Padah Minta Rasuah 1 Dolar, Pemandu Forklift Kena Denda 100 Ribu Dolar

Mahkamah Singapura baru-baru ini telah mengenakan hukuman denda dan penjara terhadap dua pekerja asing kelahiran China atas kesalahan meminta rasuah sebanyak S$1 (RM 3.05), dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh Biro Anti-Rasuh negara republik itu.

Kenyataan berkenaan sekaligus memperkukuh imej Singapura sebagai hub kewangan dunia dengan imej bersih.

Chen Ziliang, 47, dan Zhao Yucun, 43, yang kedua-duanya merupakan operator forklift dikenakan hukuman denda sebanyak S$ 100,000 (RM 304,840) atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Chen didakwa terlibat dalam jenayah meminta rasuah dengan nilai kecil tersebut daripada pemandu-pemandu lori dengan balasan dia akan mempercepatkan kerja-kerja mengisi barang kedalam lori mereka. Jenayah berkenaan dipercayai sudah berlarutan untuk tempoh melebihi dua tahun.

Manakala Zhao yang dikenakan pertuduhan yang sama pula dipercayai telah melakukan jenayah yang sama untuk tempoh lebih daripada tiga tahun.

”Para pekerja sepatutnya menjalankan tanggungjawab mereka dengan betul, bukannya meminta rasuah sebelum memberi sebarang balasan.

”Biarpun nilai rasuah tersebut hanyalah S$ 1, namun ia tetap salah. Kami tidak akan bertoleransi,” kata Biro itu lagi.

Jurucakap Biro itu lagi dalam kenyataan berbeza bagaimanapun tidak dapat mengesahkan jumlah rasuah yang berjaya dikutip serta kekerapan jenayah tersebut dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan sebelum ini.

Singapura ketika ini berada di tangga ketujuh negara paling bebas rasuah berdasarkan laporan Transparency International yang berpangkalan di Berlin, Jerman.

Sumber : MSN

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.