Siakap Keli

“Sebotol Tabung Tu Mungkin Akan Merubah Kehidupan Kau Sebulan,” Wanita Ajar Cara Cepat Tukar Duit Guna Mesin Deposit Syiling

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi pengumpul duit syiling korang mesti selalu mengalami masalah bila setiap kali nak tukar duit.

Nak ke kaunter bank mesti dah terfikir panjangnya barisan nak kena beratur dan ambil nombor.

Inisiatif lain pula tukar dekat kedai runcit, tapi tak semua kedai nak duit syiling.  Setakat sikit-sikit tu bolehlah dorang nak layan, kalau dah sampai ribu-ribu nak kira pun susah.

Perkongsian Siti Masyitah ini membantu korang menggunakan mesin deposit syiling sebagai salah satu kaedah lain.  Senang dan cepat.  Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian dibawah.

Hari ni aku nak share pada yang tak tau nak buat apa dengan duit syiling korang dekat rumah. Atau tengah-tengah bulan dah tak ada duit macam aku

First sekali, korang google dulu dekat mana ada mesin ni. Aku pergi dekat maybank Equine Park.
Aku ada serta kan list tempat yang mungkin boleh bantu korang.

No automatic alt text available.

Tips:

1. Mesin terletak dekat area kaunter tu, so memang kena pergi office hour ye

2. Pergi awal pagi and before lunch ye, sebab ada kawan pesan lepas lunch mesin maybe meragam sikit. Nnti kau rasa stress kat sana, jangan salahkan aku eh.

3. Make sure ada akaun simpanan bank tersebut. Sebab duit tu akan terus didepositkan terus dalam akaun. Bukan cash ye

No automatic alt text available.Okay, now bila dah sampai turn beratur sebab korang bangun lambat. mesin tu suruh korang pilih bahasa. Pilih la yg sesuai dan senang difahami okay.

Mesin ni ada 2 butang. Butang A dan Butang B

Mula-mula tekan Butang A untuk memulakan kiraan duit syiling , maka taburlah duit-duit itu. Duit 5 sen dan duit yang kurang baik mesin tu akan keluarkan balik kat bawah tu. Bila mesin tu dah habis kira, cuba masukkan balik duit yang ditendang tadi. Kadang-kadang mesin ni memilih macam pilih jodoh

Next, Mesin tu akan tanya nak sambung kiraan (Butang A) atau selesai. (Butang B )

Lepas selesai, akan keluar 2 resit total amount yang dah dimasukkan. 1 resit adalah untuk buat kenangan

No automatic alt text available.

Lepas tu, isi borang deposit. Boleh diambil di tempat-tempat borang ataupun mintak dekat sis kaunter reception tu. Kalau sis la.

Image may contain: 1 person

Borang deposit tu hanya perlu isi nama penuh, no akaun simpanan dan juga amount yang di masukkan tadi. Sebab aku tulis kat atas tadi kena ada akaun simpanan

Selepas itu, ambil no giliran dan tunggu la no giliran ye. kemudian dah boleh ready nak order makan besar sebab duit akan terus masuk. No more floating money

Jangan malu nak bawak sebotol tabung kau tu. Sebotol tabung kau tu mungkin akan merubah kehidupan kau sebulan tu

Senang dan sangat cepat. Harap membantu

Image may contain: textImage may contain: text

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.No automatic alt text available.

Sumber: Siti Masyitah Kassim

Nur Farra