Siakap Keli
Gambar Hiasan

(Video)Ahli Teori Konspirasi ‘Ramal’ Zaman Ais Landa Bumi Sekali Lagi Krismas Ini

Menjelang musim sejuk, seorang ahli teori konspirasi meramalkan satu lagi zaman ais bakal melanda Bumi, lebih tepat menjelang Krismas ini.

Zaman ais akan berlaku apabila Bumi dan atmosfera mengalami penurunan suhu yang mendadak dengan kali terakhir kejdian berkenaan berlaku dianggarkan jutaan tahun lepas.

Ramalan berkenaan dibuat melalui perkongsian satu video di Youtube baru-baru ini. Melalui video berkenaan, host kepada akaun MrMBB333 itu meramalkan zaman ais tersebut bakal bermula daripada Amerika Syarikat susulan satu kejadian ribut.

”Lihat, ada kelembapan yang memasuki sistem bertekanan rendah tersebut. Sepanjang krismas ini, zaman ais akan melanda di seluruh kawasan Illinois.

”Malah, hujan pun boleh beku. Ketebalan salji pun mungkin boleh meningkat beberapa inci setiap jam. Keadaan teruk ini tidak akan tamat pada 24 Disember, malah akan lebih teruk menjelang Krismas,” kata host saluran tersebut.

Dia kemudian mendakwa bahawa cuaca sejuk itu akan memberi kesan kepada stesen janakuasa sekaligus menjejaskan bekalan kuasa elektrik di seluruh kawasan tersebut.

Walaupun video berkenaan baru sahaja dimuat naik semalam, jumlah tontonan sudahpun melebihi 50 ribu tontonan dan disukai lebih daripada 2 ribu kali.

”Simpan bekalan makanan sekarang, sementara kamu ada waktu,” katanya lagi.

Walaupun teori ini dikemukakan oleh ahli teori konspirasi, NASA sendiri tidak menolak untuk kemungkinan itu dengan andaian matahari mungkin akan mati satu hari nanti.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=XBcPvwSGCGg]

 

Sumber : Dailystar

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.