Siakap Keli
Gambar Hiasan

6 Keretapi Yang Terpantas Di Dunia Dan Mampu Menampung Jumlah Penumpang Yang Ramai Dalam Satu Masa

Pengangkutan awam adalah antara kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk melancarkan lagi perjalanan terutama di kawasan bandar yang padat dengan orang ramai. Bagi yang inginkan perjalanan cepat dan lancar tanpa perlu melalui kesesakan, mereka akan memilih untuk menaiki Light Rail Transit (LRT) atau Mass Rapi Transit (MRT). Bukan hanya di Malaysia, negara-negara lain juga menyediakan kemudahan pengangkutan awam sama seperti di negara ini tetapi yang menariknya mereka mempunyai keretapi laju.

Sumber Google: www.siemens.com

Setiap negara seakan-akan berlumba-lumba mencipta keretapi yang paling laju di dunia. Mungkin sebahagian daripada kita pernah pergi keluar negara dan merasai kelajuan sesuatu keretapi tersebut. Hari ini, penulis akan berkongsi senarai keretapi terpantas di dunia.

Taiwan High Speend Rail (THSR) 700T adalah salah satu siri keretapi laju di Taiwan. Ia mula beroperasi pada 5 Januari 2007 dan mampu membawa sehingga hampir 1000 penumpang dari antara Taipei City dan Kaohsiung. THSR 700T yang berkelajuan sehingga 300km/h boleh memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar ini daripada 4 jam menjadi 90 minit. Keretapi ini dibina oleh tiga buah syarikat iaitu Kawasaki, Nippon Sharyo dan Hitachi. Pelbagai ciri keselamatan yang dilengkapkan dalam (THSR) 700T seperti pengesanan kebakaran dan asap.

Sumber Google: http://china.org.cn

Elettro Treno Rapido 500 (ETR) 500 mula diperkenalkan pada tahun 1993, merupakan antara keretapi terpantas di itali dan dikendalikan oleh syarikat Trenitalia. Keretapi ini beroperasi  72 sambungan 1 hari antara laluan Milan-Rome-Naples. (ETR) 500 hanya memerlukan 2 jam 40 minit untuk jarak dari milan-rom dengan kelajuan 300 km/h. Mempunyai empat kabin utama iaitu, kelas standard, kelas premium, kelas perniagaan dan kelas eksekutif. Ia dibina oleh syarikat pembuatan Alstom, AnsaldoBreda dan Bombardier serta ciri yang paling istimewanya yang dilengkapi dalam kereta api ini adalah wifi percuma.

Sumber Google: www.flickr.com

TGV Duplex memulakan operasi pada Disember 2011 dan menjadi antara perkhidmatan terpantas di Perancis. Keretapi ini menghubungkan semua bandar utama di Perancis dengan kelajuan 320 km/h dan dibina oleh syarikat pembuatan Alstom. Reka bentuknya yang mesra alam dengan kadar kitar semula sebanyak 90% menjadikannya pengangkutan yang paling selesa dengan kapasiti sebanyak 508 tempat duduk. Ia menawarkan tiga kelas utama kepada penumpang iaitu kelas standard, kelas pertama dan kelas TGV Pro. Setiap kelas tersebut mempunyai keistimewaan sendiri contohnya kelas standard penumpang disediakan makanan ringan manakala kelas pertama pula menyediakan lampu bacaan sendiri, soket untuk mengecas telefon dan kelas TGV pula memberikan ruang yang luas serta kerusi tambahan.

Sumber Google: http://www.finnmoller.dk

Alstom Euroduplex bermula pada Disember 2011 dan dikendalikan oleh syarikat SNCF. Keretapi ini menghubungkan antara Switzerland, Jerman, Perancis dan Luxembourg. Ia boleh mengangkut sehingga 1020 penumpang dengan kelajuan operasi 320 km/h serta menyediakan skrin yang memudahkan penumpang melihat masa perjalanan pada pintu atau dalam keretapi.

Sumber Google: www.railway-technology.com

Pada 5 Mac 2011, siri E5 Shinkansen mula beroperasi dan dikendalikan oleh syarikat East Japan. Menggunakan E5 penumpang hanya perlu menunggu 2 jam 56 minit untuk sampai antara Tokyo dan Aomory. Reka bentuk keretapi yang mempunyai hidung sepanjang 15 meter adalah untuk meminimumkan bunyi dan getaran semasa melintasi terowong. Mempunyai sepuluh gerabak, tiga kelas utama dan kapasiti tempat duduk sebanyak 731. Kelas gran adalah yang paling istimewa kerana mereka menyediakan kemudahan seperti selimut, kerusi kulit, dan selipar, makanan ringan dan juga minuman.

Sumber Google: www.planetminecraft.com

Talgo 350 adalah antara keretapi laju Sepanyol dengan kelajuan operasi 350 km/h dan dikendalikan oleh kerajaan negeri. Reka bentuknya depannya seperti paruh itik dan dapat mengendalikan gelombang tekanan. Keretapi ini juga mempunyai 3 kelas iaitu kelas Klub, kelas Pertama, kelas Bistro dengan kelas Pelatih. Namun begitu, setiap kelas mempunyai tempat duduk dan baring yang selesa.

Sumber Google: www.talgo.com

Keretapi laju antara daya tarikan pelancongan apabila pergi ke luar negara. Selain memendekkan masa ia juga dapat menampung jumlah penumpang yang ramai dengan kemudahan yang selesa.

Sumber: themysteriousworldrailway-technology

 

 

 

 

marlya syafikah