Siakap Keli
Gambar Hiasan

Antara Tugu-Tugu Pelik Yang Pernah Dibina Manusia Sebagai Mercu Tanda Sesebuah Negara

Pada musim cuti sekolah ini eloklah jika bawa keluarga pergi melancong sebagai ‘reward’ untuk diri sendiri dan keluarga. Bagi sesetengah keluarga suka melancong di tempat-tempat yang bersejarah seperti membawa anak-anak melihat tugu negara Malaysia sebagai memperingati jasa pengorbanan perjuang untuk mencapai kemerdekaan negara.

Walaubagaimanapun, tidak semua tugu untuk memperingati perkara sama. Mungkin ada beberapa sahaja sama selebihnya tidak, dan mempunyai cerita disebalik pembinaan tugu tersebut.

SK ingin kongsikan beberapa tugu yang pelik dan unik yang belum pernah anda lihat sebelum ini di luar negara.

  • Carhenge – Alliance, Nebraska.

Tugu pelik ini telah dibina oleh seorang penggiat seni bernama Jim Reinders dan 30 orang ahli keluarganya pada tahun 1987. Dia telah membina tugu yang sama seperti Stonehenge di England akan tetapi menggunakan kereta lama sebagai bahan binaannya. Jim mula membina tugu ini bagi memperingati kematian bapanya pada tahun 1962 dan kini menjadi salah satu tarikan pelancong di Amerika.

  • Victory’s Way- Wicklow, Ireland
Sumber : awesomeinventions

Taman di Wicklow ini mempunyai pelbagai tugu pelik yang diimport dari negara India. Di sini terdapat tugu yang menonjolkan karekter dari mitos Greek, Buddha dan beberapa lagi ilham yang pelik. Setiap monumen di sini mempunyai kisah yang tersendiri. Seperti patung separa tenggelam yang menceritakan tentang tukang bot yang membawa roh orang mati untuk menyeberang dari kehidupan kepada kematian menuju kepada Dewa Hades seperti di dalam mitos Greek.

Tidak dapat dipastikan dengan tepat apakah maksud yang cuba disampaikan oleh pereka monumen-monumen pelik di sini dan pelbagai versi diceritakan oleh para pengunjung dan penduduk setempat.

  • Traffic Light Tree, London 

Awas jika anda memandu di kota London jika menghampiri bulatan Heron Quays yang terletak di Canary Wharf, London ini. Ini kerana di situ terdapatnya monumen pelik lampu isyarat. Perekanya iaitu Peter Vivantin ingin mengenengahkan kesibukan kota besar dunia ini dengan caranya tersendiri.

Ia menjadi tarikan pelancong, monumen ini terdiri lebih dari 10 lampu isyarat yang menyala secara rawak. Jangan sampai ia membuatkan anda keliru pula.

  • Crawling Babies – Prague, Czech Republic 

Tugu bayi yang sedang merangkak ini merupakan salah satu daripada aktivti bantahan  yang kreatif di cipta oleh David Cerny di sebuah stesyen televisyen di Prague. Kelihatan beberapa orang bayi sedang merangkak di menara stesen ini. Ianya dibina pada tahun 2000 bagi menunjukkan protes terhadap penjajahan Soviet Union yang berakhir pada tahun 1989.

Tugu ini bersaiz 10 meter tinggi setiap satu ini dipanggil Miminka Babies dalam bahasa tempatan. Terdapat juga beberapa patung bayi ini di taman berdekatan Muzium Zizkov di mana kesemua patung ini tidak mempunyai muka, hanya bar kod yang diukir pada bahagian mukanya. Agak pelik dan unik idea dari pengukir seni yang agak kontroversi ini.

  • Le Pounce, Paris

Ini adalah satu tarikan pelancong yang luar biasadi Paris kerana terdapat satu monumen ibu jari di tengah-tengah bandar. Ia dicipta oleh seorang artis iaitu Cesar Baldaccini pada tahun 1965 dan kini dikenali diperingkat antarabangsa sebagai tanda ‘Goodluck’ atau erti kata lain ialah ‘thumbs up’. Hal ini menyebabkan beribu-ribu pelancong datang dalam setahun.

 

Sumber: eutouringreader’s digest, roamnewroads,  

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang