Siakap Keli
Gambar : Bernama

”Baik Tutup Saja UTC,” Najib Bidas Perubahan Waktu Operasi

Susulan perubahan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dari jam 8 pagi sehingga 7 petang sahaja bermula dari 1 Januari 2019 ini, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas keputusan tersebut yang dianggap kini menyusahkan rakyat untuk berurusan dengan kerajaan.

Ujar beliau, UTC sebelum ini di wujudkan bagi memudahkan rakyat berurusan sehingga jam 10 malam kerana ramai orang terutamanya akan memilih berurusan di luar waktu kerja.

Oleh itu beliau menyaran kerajaan agar menutup sahaja UTC yang diilhamkan oleh Barisan Nasional sebagai perkhidmatan penting rakyat dalam satu pusat.

Tanya sedikit, berapa ramai di sini pernah guna perkhidmatan UTC?

Nak buat kad pengenalan senang, nak buat passport baru boleh.

Ya, kamilah yang mengilhamkan UTC, menawarkan pelbagai perkhidmatan penting dan diperlukan rakyat di satu hab atau pusat sahaja.

Dari awal pagi hingga 10 malam setiap hari.

Kenapa 10 malam? Masa itu kami tahu ramai yang bekerja kadang-kadang tidak dapat pengecualian dari majikan untuk urusan peribadi.

Beribu orang berurusan di UTC setiap hari terutamanya di luar waktu kerja.

Kini, waktu operasi UTC akan tamat pada jam 7 petang mulai 1 Januari 2019.

Baguslah. Dari memberi kesenangan kepada rakyat, kini menyusahkan rakyat untuk berurusan dengan kerajaan.

Baik tutup saja UTC.

Sumber : Najib Razak 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.