Siakap Keli
Gambar Hiasan

Bipolar Menyebabkan Seseorang Menjadi Terlalu Sedih Dan Gembira Sehingga Mengganggu Aktiviti Seharian Mereka

Gangguan mental bukanlah suatu perkara yang boleh diambil mudah, boleh dikatakan setiap tahun peratusannya semakin meningkat terutama pada peringkat umur golongan muda. Mungkinkah keadaan ini disebabkan oleh tekanan yang berpanjangan sehingga boleh menyebabkan berlakunya depresi atau gangguan mental yang lain. Kini terdapat pelbagai bentuk gangguan mental contohnya kecelaruan pelbagai identiti dan kecelaruan obsesif kompulsif.

Sumber Google: https://candlepozt.com

Mungkin sebahagian daripada kita ada merasakan simptom-simptom tersebut, tetapi menggangapnya sebagai perkara biasa dan dialami oleh semua orang. Sedangkan itu adalah simptom yang menunjukkan tanda-tanda awal kepada sakit mental.

Bipolar merupakan salah satu daripada masalah mental, yang menyebabkan pesakit mengalami perubahan emosi secara luar biasa seperti terlalu gembira atau terlampau sedih sehingga menganggu kefokusan individu tersebut untuk melakukan kerja sehariannya.

Gejala yang dapat dilihat pada pesakit adalah emosi mereka akan berubah secara tiba-tiba. Apabila mereka mengalami emosi terlalu gembira, tenaga mereka banyak, suka melakukan pelbagai aktiviti, dan sukar tidur manakala akan menjadi sebaliknya apabila emosi mereka telah berubah. Pesakit akan kemurungan, suka bersendirian, tidak makan atau minum, hanya menghabiskan masa dengan tidur dan yang paling membahayakan mereka terfikir untuk membunuh diri.

Sumber Google: www.practicalpainmanagement.com

Punca sebenar penyakit ini belum dapat disahkan secara spesifik tetapi terdapat beberapa faktor yang menyumbang berlakunya Bipolar seperti genetik, otak dan persekitaran. Sekiranya ibu bapa atau adik beradik mempunyai simptom atau mengalami penyakit ini, anda atau adik beradik juga berisiko untuk terkena penyakit yang sama. Tekanan yang terlampau atau trauma juga boleh menyebabkan seseorang tersebut mengalami kemurungan yang berpanjangan.

Bagi yang menyedari mereka mempunyai tanda-tanda ini, perlulah mendapatkan rawatan awal supaya penyakit ini tidak melarat ke peringkat yang lebih serius sehingga boleh membahayakan keadaan pesakit. Selain rawatan dengan berjumpa dengan pakar psikateri, pesakit juga akan diberi ubat penenang supaya dapat mengawal emosi menjadi stabil.

Sumber: National Institute of Mental Health, MayoClinic, Healthline

 

marlya syafikah