Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kandungan Asid Lemak Dalam Minyak Zaitun Dapat Mengurangkan Risiko Diabetes Dan Penyakit Jantung

Mengamalkan pemakanan yang seimbang bukanlah apabila kita telah sakit atau ingin berdiet, tetapi ia perlu diterapkan dalam menu seharian. Kesihatan adalah nikmat yang diberi oleh Yang Maha Kuasa dan tidak boleh dibeli. Kebanyakkan daripada kita hanya akan sedar apabila, nikmat kesihatan sudah ditarik. Melakukan senaman, mendaki, berenang merupakan antara aktiviti yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kecergasan otot.

Menu diet biasanya, makanan yang direbus atau dibakar kerana bagi mereka makanan berminyak adalah benda yang harus dijauhkan. Sebenarnya ada minyak yang rendah lemak dan sesuai untuk mereka yang sedang berdiet. Minyak zaitun telah digunakan sejak dahulu lagi, khasiatnya yang banyak membuatkannya popular dan digunakan sehingga kini.

Sumber: www.kraftrecipes.com

Minyak zaitun dapat memecahkan lemak-lemak yang tidak berkhasiat dan mengantikannya dengan lemak HDL yang boleh membantu memulihkan keradangan, menurunkan kadar darah tinggi dan menghalang arteri daripada tersumbat sehingga boleh menyebabkan penyakit jantung. Kesan positif menurunkan risiko kematian mengejut akibat penyakit jantung sebanyak 30%.

Buah zaitun dan minyak zaitun bersifat antioksidan yang sangat tinggi, manakala sebatiannya pula dipercayai sebagai agen contohnya squalene dan terpenoids yang dapat melindungi tubuh anda daripada penyakit kanser.

Pemakanan semasa diet meliputi semua, bukan makanan yang mengandungi lemak tinggi sahaja yang perlu dicegah, tetapi pengambil karbohidrat dan protein juga perlu mengikut keperluan. Kajian membuktikan individu yang menggunakan minyak zaitun dalam masakan, dapat menurunkan berat badan lebih banyak berbanding orang yang hanya berdiet dengan tidak mengambil makanan berlemak.

Sumber: https://drjoanna.com.au

Selain itu, asid lemak sihat dalam minyak zaitun dianggap sebagai makanan untuk minda yang dapat meningkatkan kefokusan dan daya ingatan, terutama apabila semakin meningkat usia kecenderungan untuk mendapat penyakit Alzheimer adalah tinggi.

Sesetengah daripada kita melakukan diet yang terlampau, sehingga menganggu kefokusan aktiviti harian dan ada juga yang pengsan. Namun, dengan lemak yang terkandung dalam minyak zaitun membantu anda untuk mudah kenyang. Walaupun ia mengandungi lemak tetapi ia adalah lemak sihat dan baik untuk tubuh.

Secoiridoids membantu mengaktifkan sel-sel kulit dan melambatkan proses penuaan. Lemak yang tidak tepu seperti dalam minyak zaitun dapat meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangkan risiko kencing manis atau diabetes. Buah zaitun, adalah antara makanan sunnah yang harus diambil dan mempunyai banyak khasiat untuk keperluan tubuh.

Sumber: draxe, healthlineorganicfacts

marlya syafikah