Siakap Keli

Kecewa Gagal Ubati Sakit Migrain Keluarga, Doktor Didakwa Suntik Racun Kepada Ibu Dan Adik

Polis di Bengaluru telah melaporkan kes yang mengejutkan di mana seorang doktor membunuh ibu dan adiknya dengan meracuni mereka sebelum dia juga cuba membunuh dirinya sendiri kerana kecewa tidak dapat menyembuhkan penyakit migrain yang dihidapi ahli keluarganya itu. 

Selepas membunuh ibu dan adiknya, Dr Govinda Prakash, 43, juga melakukan cubaan membunuh diri. Menurut polis, dia membunuh ibu dan kakaknya dengan menyuntik racun dan cuba menamatkan hidupnya sendiri.

Prakash dilaporkan cuba menamatkan riwayat hidupnya juga dengan menggunakan cara yang sama tetapi tidak berhasil.

Menurut laporan agensi PTI, sebuah nota dijumpai berhampiran lokasi mayat ibu dan adiknya ditemukan dimana ianya tertulis punca dia melakukan jenayah itu kerana terpaksa selepas tidak berjaya merawat sakit yang dihidapi oleh ahli keluarganya.

Sementara itu, Prakash yang terselamat dari cubaan bunuh diri itu telah dimasukkan ke hospital dan sedang menerima rawatan lanjut.

Sumber: IndiaToday

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar