Siakap Keli

Kisah Tokki, Penyokong Setia Yang Diberi Tempat Istimewa Oleh Ultras Malaysia

Bola sepak memang sukan nombor satu di Malaysia. Para peminat sanggup turun walau di mana sahaja pasukan yang disokongnya beraksi.

Sekali lagi, ini dibuktikan apabila Stadium Bukit Jalil sentiasa dipenuhi di sepanjang aksi skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2018. Kemuncaknya, beberapa hari lepas ketika Malaysia melayani kunjungan Vietnam di pentas final.

Riuh sekali dengan sokongan padu peminat. Menurut FAM, semua tiket, lebih 80 ribu terjual. Segenap penjuru stadium terisi dengan manusia yang penuh dengan semangat berkobar-kobar untuk melihat pasukan kesayangan memenangi perlawanan.

Yang pasti, satu sosok tubuh ini yang berada di stadium, dalam kalangan Ultras Malaya dengan tempat istimewa menarik perhatian sesiapa sahaja selepas tersebarnya sekeping gambar.

Dikenali dengan nama Tokki, mengikut info yang diperoleh daripada Blog JomCopy, merupakan peminat tegar pasukan Terengganu sejak tahun 80-an lagi. Malah, tiada peyokong Terengganu era moden yang boleh mengaku mereka penyokong setia kelab berkenaan jika tidak kenal siapa Tokki.

Datang ke stadium hanya semata-mata mahu menikmati perlawnan bola sepak, tiada telefon di tangan. Matanya hanya tajam menghadap padang bola.

Malam itu, dia diberi keistimewaan untuk berada di dalam kalangan Ultras Malaya, yang menyanjungi semangat tinggi yang dimiliki Tokki dalam memberi sokongan tidak berbelah bahagi, sama ada kepada Terengganu mahupun skuad kebangsaan, Malaysia.

Namun, disebabkan faktor usia dan kesihatannya, Tokki diberikan keutamaan untuk duduk di kerusi dan hanya perlu menyaksikan sahaja skuad kebangsaan berjuang di atas padang. Tidak perlu turut serta untuk bersorak menghangatkan suasana.

Apa yang pasti, Tokki adalah insan istimewa dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan, sehinggakan Ultras Malaya yang ditubuhkan pada 2007 pun memberikan penghormatan tinggi kepada Tokki untuk berada bersama-sama dengan mereka.

Jadi, lepas ini jika anda melihat Tokki di stadium, khususnya peminat bola sepak Terengganu, tegurlah. Mungkin info bola sepak yang dimilikinya berdasarkan pengalaman sejak tahun 80-an lebih banyak daripada apa yang anda mampu cari di internet hari ini.

Sumber : Blog JomCopy

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Editor: Mohd Firdaus

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di