Siakap Keli

Lelaki Tergamak ‘Lemaskan’ Isteri Semata-mata Nak Tuntut Insurans RM20 Juta

Seorang lelaki dari Selatan, Thailand bertindak membunuh isterinya di sebuah kolam renang, di Phuket.

Salah seroang keluarga mangsa memberitahu media bahawa suspek bertindak sedemikian semata-mata untuk menuntut insurans sebanyak RM20 juta.

Saudara mangsa turut mendakwa bahawa suspek telah mengambil beberapa plan polisi sebelum kematian isterinya dan memalsukan tandatangan pada kontrak.

Ibu bapa mangsa berkata bahawa mereka mengharapkan menantunya itu diekstradisi ke China kerana merekap percaya bahawa dia cenderung dihukum mati jika didapati bersalah membunuh isterinya.

Sebelum kejadia, suspek membawa mangsa bercuti ke Thailand pada 27 Oktober lalu, 3 hari kemudian, suspek memberitahu bahawa isterinya telah lemas di kolam hotel pada 29 Oktober.

Selepas siasatan dijalankan ke atas suspek, dia akhirnya mengaku kepada pihak polis bahawa dia telah membunuh isterinya kerana tidak mahu hidup bersamanya lagi.

Selain itu, suspek menegaskan dia ‘menewaskan’ isterinya dengan cara membenam kepala mangsa ke bawah air sehingga mati lemas.

Sumber: South China Morning Post

Nur Farra