Siakap Keli

Masalah Duit Ibu Bapa Boleh Jejas Sikap Anak-Anak, KKM Perjelas Kesan Psikologi Akibat Krisis Kewangan

Apakah yang akan terjadi sekiranya kita tidak berduit? Apabila kita dilanda musibah seperti hilang pekerjaan, masalah rumahtangga, bil-bil yang bertimbun dan sebagainya.

Tiada siapa yang mampu mengelakkan diri daripada situasi sebegini. Oleh itu, ketika kita berada dalam masalah kewangan sebegitu, apakah yang akan terjadi kepada kita secara psikologinya?

Bagaimanakah kita hendak mengawal kesan psikologi tersebut? Setakat mana diri kita mampu menerimanya?

Jika terlibat dalam krisis kewangan, kita akan mengalami pelbagai jenis tindak balas emosi yang kurang menyenangkan. Berada dalam keadaan penafian dan tidak menerima situasi kewangan yang dihadapi, perasaan takut dan panik serta marah semuanya bermain dalam diri kita merupakan beberapa contoh tindak balas yang berkemungkinan akan berlaku. Tetapi mungkin tindak balas yang paling kerap berlaku merupakan tindak balas yang paling tidak diambil berat dan sering terlepas pandang iaitu stress.

via GIPHY

Ahli psikologi mengkategorikan stress ke dalam tiga kategori iaitu stress kecil (acute stress), stress berepisod (episodic stress), dan juga stress kronik (chronic stress).

Acute stress merupakan stress yang paling banyak dialami oleh semua lapisan masyarakat di mana puncanya adalah disebabkan oleh kehendak harian dan tekanan yang dihadapi. Stress sebegini selalunya dapat dilihat dalam diri individu yang sering meletakkan matlamat atau cita-cita yang tidak realistik dan mengalami stress akibat daripada tidak mampu mencapai matlamat dan cita-cita tersebut.

Episodic stress berbeza dengan chronic stress dimana ianya akan hilang dari semasa ke semasa tetapi ia juga tidak sekerap acute stress. Manakala chronic stress pula bertentangan langsung dengan acute stress di mana ini adalah bersifat bahaya dan tidak sihat. Stress jenis ini selalunya disebabkan oleh terdedah kepada punca stress dalam jangka masa yang panjang dan stress ini boleh membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan psikologi.

Secara ringkasnya, kesan stress secara psikologinya akan menjejaskan proses pemikiran kita atau juga dikenali sebagai proses kognitif. Kesusahan ekonomi juga mampu membawa kepada kemurungan. Masalah kewangan juga secara tidak langsung mempunyai kesan terhadap kanak-kanak. Mereka akan bertindak balas terhadap situasi ibu bapa mereka dengan menonjolkan sikap yang tidak elok sama ada di sekolah mahupun di rumah.

 

Oleh hal yang demikian, tidak hairan anak-anak kurang menerima stimulasi yang menggalakkan pembelajaran. Mereka tiada minat hendak belajar dan pada masa yang sama akan sukar bagi mereka untuk mendapatkan ketenangan minda. Seperti yang diketahui ramai, kanak-kanak ibarat span dimana mereka meresap masuk segala perkara yang berlaku dikeliling mereka kerana itulah cara bagi mereka belajar. Oleh itu, berkemungkinan besar juga apabila kanak-kanak tersebut menjadi dewasa dan mengalami situasi kewangan yang sama, reaksi mereka juga akan serupa dengan ibu bapa mereka atau lebih teruk daripada itu.

Bagi individu yang sedang bekerja perlulah menyediakan payung sebelum hujan. Belajarlah menguruskan kewangan dengan bijak. Pelbagai maklumat dan aplikasi boleh digunakan untuk mendapatkan ilmu ini. Seseorang boleh melayari www.bnm.gov.my dan mendapatkan pelbagai tips untuk mempelajari bagaimana menguruskan wang dengan bijak.

Setiap terowong gelap, sentiasa ada cahaya di hujung itu. Setiap kali ada krisis atau kesusahan, akan sentiasa ada hari yang lebih baik di hadapan selagi anda tidak berputus asa dan jangan sesekali dikalahkan oleh krisis itu sendiri.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Nur Farra