Siakap Keli

Nestle Malaysia Sahkan Produk KitKat Keluaran Jepun Tak Selamat Untuk Orang Islam

Menerusi salah satu status yang dimuat naik Facebook Halal Japan, mereka mengumumkan bahawa sesetengah produk yang dikeluarkan oleh Nestle KitKat Japan adalah tidak sesuai bagi pengguna yang beragama Islam.

 

Hal ini adalah kerana, produk makanan coklat itu ada yang dihasilkan menggunakan bahan berasaskan lembu dan khinzir.

Perkara ini telah disahkan pada 7 Disember 2018 lalu, selepas beberapa e-mel dihantar serta mereka dipercayai menghubungi terus dengan pihak Nestle di Jepun.

Walau bagaimanapun, status Halal coklat ini hanya bagi coklat KitKat di pasaran Jepun sahaja.

“Selepas menghantar e-mel dan menghubungi pihak Nestle Jepun berkenaan produk KitKat, mereka memberitahu bahawa KitKat mengandungi bahan berasaskan lembu dan khinzir yang tidak sesuai diambil oleh Muslim.  Terdapat KitKat yang tidak mengandungi shortening, tetapi telah bercampur aduk di dalam barisan pengeluaran.”

Dibawah adalah senarai 26 jenis KitKat dikeluarkan di Jepun yang diragui status Halalnya.

  1. KitKat Mini 45 Years Serial Code Iri
  2. KitKat Mini Otona no Amasa 45 Years Serial Code Iri
  3. KitKat Mini Choc
  4. KitKat Mini Otona No Amasa
  5. KitKat Mini Matcha No Chikara
  6. KitKat Mini Otona No Amasa Koi Matcha
  7. KitKat Mini Tamaruya Honten Wasabi
  8. KitKat Mini Azuki Sando
  9. KitKat Mini Satsumaimo
  10. KitKai Mini Matcha
  11. KitKat Mini Amaou Berry
  12. KitKat Mini Houjicha
  13. KitKat Mini Mainichi No
  14. KitKat Mini Mainichi No Strwaberry Cheese Cake
  15. KitKat Mini Otona No Amasa
  16. KitKat Mini Otona No Amasa Premium Mint
  17. KitKat Mini Otona No Amasa Matcha
  18. KitKat Mini Strawberry Cheese Cake Aji Fujisan Pack
  19. KitKat Mini Ringo
  20. KitKat Mini Strawberry Cheese Cake
  21. KitKat Mini Rum Raisin
  22. KitKat Mini Momiji Ali
  23. KitKat Assorted Nishi Nihon 2018
  24. KitKat Assorted Higashi Nihon
  25. KitKat Mini Japan Sake
  26. KitKat Mini Ume Sake

Oleh yang demikian, SK cuba mendapatkan pengesahan maklumat diatas daripada Nestle Malaysia sendiri.  Menurut Nestle Malaysia, produk KITKAT yang dijual di Jepun memang benar tidak mendapat sijil HALAL dan juga tidak selamat untuk orang Islam.

Portal rasmi Nestle Jepun juga ada menyatakan bahawa tiada sijil halal diperoleh melalui pengeluaran di sana.

Sumber: Halal Japan, Nestle Malaysia

Nur Farra