Siakap Keli
Gambar : FB Izat Ezatte Binti Musa

“Saya Menangis Sambil Bersanding,” Pengantin Mohon Maaf Kepada Tetamu Selepas Katering Lambat Sampai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap pasangan pasti mengimpikan perkahwinan yang dirancang berjalan dengan lancar. Paling penting adalah dari segi penyediaan makanan kepada tetamu kerana untuk meraikan mereka yang sudi hadir ke hari bersejarah anda.

Namun, lain pula jadinya dengan wanita ini apabila dia meluahkan rasa kesal  kesal dan terkilan dengan perkidmatan catering yang tidak sampai seperti dijanjikan. Dakwanya, ramai tetamu yang pulang dengan perut kosong angkara catering yang datang lewat ke majlis.

Memburukkan keadaan, makanan juga tidak dihidangkan dalam tray, sebaliknya mereka hanya menggunakan periuk tanpa adanya paramusaji yang membantu seperti dijanjikan. Sudahnya keluarga mertua dan rakan-rakan yang ingin diraikan terpaksa pula berhempas-pulas membantu majlis. Alahai!

Tujuan saya post bukan untuk viralkan yang tak baik tapi untuk peringatan saya sebab saya masih bersedih. Ramai kawan-kawan tanya mesej saya, saya tak boleh nak respon mesej semua sekarang. Mohon memahami.

Biar gambar berbicara. Di mana saya bersanding menjadi raja sehari melihat ahli keluarga besar saya termasuk keluarga mertua saya yang pada asalnya niat untuk jadikan mereka tetamu kehormat. Tapi mereka terpaksa berhempas pulas untuk majlis saya, cedok lauk dan sebagainya!

Sesetengah kawan-kawan yang datang ke majlis datang tolong family , beli barang tak cukup guna duit diorang sendiri. How can i say terkilan sampai bila-bila. Terima kasih korang ijat akan ingat korang sampai bila-bila.

Pernah tengok periuk lauk naik atas meja. Majlis saya terpaksa buat macam tu sebab catering tak bagi apa yang di janji termasuk tray, pramusaji. Datang lewat jam 1.00 petang tatkala tetamu datang berpusu-pusu menunggu makanan.

Gambar : FB Izat Ezatte Binti Musa

Ada yang datang dari jauh kemudian balik dengan perut kosong. Saya bagi pihak family saya mohon maaf atas kekhilafan dan kekurangan . Allah nak uji saya di hari bahagia saya. Untuk jadikan pengajaran pada semua. Biar Allah tentukan semuanya. Saya pasrah saya redho.

Saya bersyukur sebab family bonding saya kuat, semua buat kerja tanpa fikir masalah hari tersebut. Ya Allah peliharalah keluargaku. Semoga berada dalam keadaan yang baik-baik, di lindungi Allah swt. Pada yang tanya saya catering mana, biarlah saya je yang mengetahui. Biarlah saya selesaikan cara baik. Insya Allah akan ada yang baik-baik menanti.

Sumber : Izat Ezatte Binti Musa

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.