Siakap Keli

(Video) Pesawat Hilang Kawalan Terhempas Atas Rumah, Empat Orang Maut

MEXICO: Sebuah pesawat ringan terhempas di atas sebuah kediaman di Sinaloa, barat laut Mexico selepas hilang kawalan menyebabkan empat orang terbunuh manakala tiga lagi cedera.

Sebuah rakaman dimuat naik oleh saksi yang berada di tempat kejadian yang juga merupakan lokasi pergambaran drama siri Narcos terbaru yang ditayangkan di Netflix.

Video menunjukkan beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian menjerit ketika pesawat tersebut menjunam dari udara ke atas rumah penduduk.

Pihak berkuasa juga segera bergegas ke lokasi sejurus sahaja kemalangan tersebut berlaku.

Menurut beberapa saksi yang berada di lokasi, pesawat tersebut melanggar beberapa bahagian kabel di kawasan perumahan itu sebelum terhempas.

Laporan yang diterima menunjukkan bahawa sebelum terhempas, juruterbang telah melaporkan pesawat Aerocalafia mengalami kegagalan mekanikal dan hilang kawalan.

Nahas pesawat tersebut telah meragut nyawa empat orang mangsa iaitu juruterbang, pembantu juruterbang dan dua penumpang yang tidak disahkan identitinya manakala seorang lagi penumpang dan dua orang yang berada dalam dalam rumah itu mengalami cedera ringan.

Sumber: MirrorUk

Watchtower

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar