Siakap Keli

(Video) Rakaman ‘Matahari Kedua’ Kejutkan Ramai, Teori Dakwa Planet Nibiru Yang Menghampiri Bumi

Tular satu klip video, rakaman matahari terbenam oleh seorang lelaki di tepi pantai. Mengejutkan, apabila terdapat satu lagi objek seakan matahari di bahagian kiri yang menyinar dengan terang.

Ia lantas menimbulkan persoalan ramai kerana objek tersebut dapat dilihat dengan jelas berwarna kuning terang dan bersaiz lebih besar dari matahari asal di bahagian kanan.

Individu yang memuat naik video berkenaan ke The TR3b Black Manta Channel berkata, objek berkenaan didakwa sebagai Planet X.

Gambar :THE TR3B BLACK MANTA CHANNEL/Daily Star UK

Nibiru atau dikenali sebagai Planet X sudah lama menjadi bualan ahli teori. Kata mereka, ia akan memasuki ruang angkasa dan akhirnya akan menghancurkan bumi dan seluruh umat manusia.

Berdasarkan ramalan, dikatakan ia sepatutnya muncul pada bulan September 2017, namun dakwaan tersebut ternyata meleset sama sekali, malah tarikh kedatangannya juga telah diubah beberapa kali.

Menurut sumber, ini bukan pertama kali Nibiru didakwa dilihat muncul di bumi. Pada Oktober lalu, satu cahaya seperti api di sebalik awan turut kelihatan di Amerika Syarikat (AS).

Dakwaan Planet X memasuki galaksi itu dibuat selepas pelbagai bukti  planet yang disifatkan sebagai ‘matahari kedua’ itu berjaya dirakam.

Sumber : Daily Star

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.