Siakap Keli

(Video)Daripada Kawasan Tandus Dan Kering-Kontang, Gurun Ini Bertukar Menjadi Kawasan Diseliputi Salji

Bentuk muka bumi Gurun Badain Jaran di China yang sepatutnya menjadi sebuah gurun tandus dan kering-kontang bertukar secara tiba-tiba selepas sebahagian kawasan dilitupi salji yang turun sejak seminggu lalu.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan panorama luar biasa itu turut dikongsi di media sosial selain turut mendapat laporan meluas daripada portal berita antarabangsa, antara adalah Dailymail. Suhu di gurun tersebut juga dilaporkan telah jatuh sehingga mencecah -25 darjah celcius sepanjang minggu.

Gurun ini merupakan gurun ketiga terbesar di China meliputi kawasan seluas 47,000 kilometer persegi. Antara wilayah-wilayah yang termasuk dalam gurun ini adalah Gansu, Ninxia dan Monggolia.

Badain Jaran juga terkenal sebagai rumah kepada pelbagai bukit pasir di dunia dengan bukit pasir paling terkenal, Puncak Bitulu berdiri dengan ketinggian 500 meter, iaitu tertinggi di Asia.

Walaupun diketahui gurun ini adalah kering ketika musim panas, Badain Jarain atau ‘tasik misteri’ di dalam bahasa Mongolia juga menempatkan sekitar 140 buah tasik yang terletak di puncak bukit-bukit pasir ini.

Sesetengahnya juga menampung air dengan warna berbeza-beza sekaligus memberikan panorama yang lebih indah. Perubahan warna ini dibantu dengan kehadiran alga dan mineral.

Malah kewuduan tasik ini juga dimanfaatkan oleh orang-orang nomad untuk dijadikan kawasan penanaman makanan haiwan mereka.

Di bawah adalah beberapa keping gambar yang dikongsikan di media sosial yang menunjukkan fenomena salji di gurun tersebut.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=zVnnKKKvqjc]

 

Sumber : Dailymai

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.