Siakap Keli

Wanita Terima Pembedahan Pemindahan Rahim Selamat Lahirkan Anak Pertama

Seorang wanita di Brazil yang menerima rahim yang dipindahkan dari penderma yang telah meninggal dunia telah selamatkan melahirkan seorang bayi perempuan sekaligus mencipta sejarah dalam bidang perubatan. 

Kes yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Lancet, melibatkan penyambung urat dari rahim penderma dengan urat penerima, serta menghubungkan arteri, ligamen dan kanal vagina.

Bayi perempuan itu lahir melalui pembedahan caesar pada minggu ke 35 dengan berat 2.55kg, menurut laporan dalam jurnal perubatan tersebut.

Dr Dani Ejzenberg yang merupakan doktor di hospital Universiti Sao Paulo, Brazil merangkap ketua penyelidikan berkata transplantasi  dilakukan pada bulan September 2016 ketika penerima berusia 32  menunjukkan teknik itu boleh dilaksanakan dan menawarkan pilihan baru untuk wanita yang mengalami kesuburan rahim. 

Ibu kepada bayi perempuan itu dilahirkan tanpa rahim dan menerima organ dari penderma berusia 45 tahun yang meninggal dunia akibat terkena serangan angin ahmar.

Kejayaan pembedahan ini berlaku selepas 10 kes sebelumnya dicatatkan gagal membuatkan penerima organ melahirkan anak berikutan terdapat masalah kesihatan terhadap rahim yang dipindahkan dari penderma yang telah meninggal dunia.

Sumber: TheStraitsTimes

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar