Siakap Keli
Gambar Hiasan

Akibat Terlalu Gemar Makan Makanan Laut Berkemungkinan Ada Plastik Dalam Badan Anda

Dalam kajian yang dibentangkan pada United Europen Gastroenterology (UEG) Week ke-26 di Vienna mendedahkan penemuan mikroplastik dalam rantaian makanan manusia sebagai zarah polypropylene(PP), polyethylene-terephthalate (PET) dan lain-lain dalam najis manusia.

Penyelidik dari Universiti Perubatan Vienna dan Agensi Alam Sekitar Austria memantau satu kumpulan peserta dari negara-negara di seluruh dunia dunia, termasuk Finland, Itali, Jepun, Netherlands, Poland, Rusia, UK dan Austria.

Keputusan menunjukkan setiap sampel najis yang diuji positif untuk kehadiran mikroplastik dan sehingga 9 jenis plastik yang berbeza telah dikenalpasti.

Microplastik adalah zarah kecil plastik yang berukuran kurang daripada 5 mm dan digunakan dalam pelbagai produk untuk tujuan spesifik, serta diciptakan secara tidak sengaja dengan memecahkan kepingan plastik melalui cuaca, haus dan koyakkan.

Tahukah anda microplastik telah ditemui dalam air paip di seluruh dunia, haiwan di lautan dan serangga terbang. Siasatan baru-baru ini di Itali juga mendapati microplastik hadir dalam minuman ringan.

Beberapa negara telah mengharamkan beg plastik sepenuhnya, dan semakin banyak bandar raya termasuk di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa negara Asia lain.

Malaysia juga telah ikut langkah Amerika Syarikat dan Britain untuk menghapuskan penggunaan plastik pada akhir-akhir ini supaya persekitaran terjamin dan kesihatan penduduk selamat.

Pasti ramai yang ingin tahu, bagaimana mereka tahu dalam badan manusia terdapat kepingan plastik? Caranya pelbagai, salah satunya bagi mereka yang terlibbat dalam uji kaji ini diberi masa seminggu untuk menjalankan rutin makanan harian dan kemudiannya diminta untuk menyerahkan sampel najis kepada para penyelidik.

Microplastk ini sering dijumpai di tengah lautan dan di dalam perut ikan dan garam masakan pada penemuan kali ini.

Menurut Forum Ekonomi Dunia, lautan seluruh dunia akan diisi dengan plastik lebih daripada jumlah ikan kerana pada setiap hari manusia membuat sampah dan sampah sebanyak 8 juta metrik tan berakhir di lautan dan dijangka pekara ini boleh berlipat kali ganda peningkatannya jika tidak mengambil tindakan.

Sumber; Time.com, Smithsoniamagnationalgeoraphic, draxe

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang