Siakap Keli

Dapat Petunjuk Dari ‘Ghost Hunter’, Lelaki Korek Tanah Bawah Rumah Lama Dan Temui Tengkorak Ayahnya Yang Dibunuh

Tanda tanya mengenai kehilangan bapanya kini terjawab apabila tulang yang ditemui bawah rumahnya rupanya milik bapanya yang hilang sejak tahun 1961.

Mike Carroll, 57, sentiasa tertanya-tanya apa yang berlaku terhadap bapanya, seorang veteran perang Korea, George Carroll yang hilang sekitar 60 tahun lalu ketika Mike baru berusia lapan bulan.

Mike (tengah) bersama dua orang anak lelakinya.
Sumber: Dailymail

Didorong rasa ingin tahu yang kian menebal, dia mengupah pasukan psikik dan pemburu hantu untuk membantunya menyelesaikan misteri itu dan dia mendapat petunjuk yang menyatakan bapanya ditanam di bawah rumah mereka.

Mike dibantu oleh dua orang anak lelakinya serta pakar-pakar yang menggunakan peralatan mengorek canggih untuk mengorek beberapa meter di bawah tanah sebelum akhirnya menemui tulang milik bapanya.

Sumber: Dailymail

Pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa tulang yang ditemui itu milik bapanya dengan menggunakan ujian DNA.

“Saya gembira dan lega selepas mengetahui bahawa tulang itu milik ayah saya. Ini adalah perkara yang  sangat menyedihkan dan semua orang pun melalui dengan cara yang berbeza. Perkara ini telah merosakkan keluarga saya, ‘kata Mike yang dietik dari laporan tempatan. 

Ibu Mike, Dorothy Carroll semasa hayatnya memberikan butiran mengenai kehilangan suaminya yang keluar untuk membeli rokok dan tidak pernah kembali lagi selama 60 tahun.

Sumber: Dailymail

Bagaimanapun, keluarga mereka tidak pernah membuat laporan polis mengenai kehilangan George Carroll dan menjalani kehidupan mereka seperti biasa.

Siasatan yang dijalankan telah mengesahkan tengkoraknya retak dan terbuka dengan trauma objek keras yang tumpul tetapi polis tidak menafikan kejadian ini boleh berlaku selepas kematian.

Kematian George Carroll diklasifikasikan sebagai pembunuhan dan masih dalam siasatan polis meskipun peratusan untuk mengetahui siapa dalang disebalik insiden ini sangat tipis.

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar