Siakap Keli
Gambar : Bernama

”Mengaku Je Gagal Mansuh PTPTN, Beri Jer Hadiah Tuala ‘Good Morning’ Kepada Semua Peminjam Tanda Mohon Maaf” – Najib Razak

Susulan masa tambahan setahun yang diperlukan oleh kerajaan bagi mencari kaedah baru pembayaran PTPTN, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas keputusan tersebut.

Ujar beliau, tidak mustahil kerajaan PH masih gagal mencari jalan penyelesaian sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 nanti.

Oleh itu, beliau menyarankan kepada kerajaan agar mengaku sahaja kepada semua peminjam bahawa mereka telah gagal memansuhkan PTPTN seperti yang dicanangkan manifesto sebelum ini.

Kerajaan PH umum mereka perlu masa tambahan sampai 1 tahun lagi untuk buat kajian mencari kaedah pembayaran PTPTN baru.

Kaji. U-turn. Kaji. U-turn. Kaji. U-turn. Kini kaji setahun lagi.

Tak mustahil sampai masa PRU15 tiba pun, PH masih gagal cari penyelesaian.

Lebih baik PH mengaku saja mereka telah gagal untuk mansuhkan PTPTN dan semua peminjam tidak perlu bayar lagi.

Gagal juga untuk tunaikan janji yang RM4,000 ke bawah tidak perlu bayar.

Sebagai tanda mohon maaf, hadiahkanlah sehelai tuala Good Morning kepada setiap peminjam.

Seperti yang saya kata hari itu…

Kalau dah tak boleh tunai janji manifesto atau beri pendidikan percuma, sekurang-kurangnya copy and paste apa BN buat dahulu.

Sumber : Najib Razak

Baca : Memang Gila, Jualan BigOne 12.12 Senheng Tawar Diskaun Sehingga 50% Dengan Penghantaran Percuma Ke Seluruh Negara

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.