Siakap Keli

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Cubaan Merompak Gagal, Lelaki Menangis Terperangkap Dua Hari Dalam Lubang Berminyak

Cubaan merompak seorang lelaki gagal apabila dia terperangkap di dalam sebuah lubang asap dapur yang berminyak selama dua hari sebelum diselamatkan oleh pihak berkuasa di California, Amerika Syarikat.

Lelaki itu didakwa sedang mencuba untuk merompak sebuah restoran makanan Cina yang terbiar dengan cara memasuki lubang saluran asap yang menghubungkan dapur namun gagal kerana dia terperangkap dalam lubang berminyak itu.

Sumber: Dailymail

Menurut pejabat Sheriff Alameda, pihak mereka menghantar bantuan kecemasan ke kawasan bangunan kosong di San Lorenzo selepas mendapat laporan terdengar suara tangisan meminta tolong yang datang dari arah lubang itu.

Pasukan bomba juga dihantar ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki terperangkap di dalam lubang berkenaan dan badannya diselaputi dengan minyak.

Sumber: Dailymail

“Seorang lelaki dewasa dikeluarkan dari lubang berminyak itu dalam masa 30 minit selepas pasukan penyelamat tiba,” ujar jurucakap Jabatan Bomba Alameda.

Menurut laporan, lelaki yang tidak disahkan identitinya itu dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut dan pihak berkuasa akan membuat keputusan mengenai hukuman yang bakal diterimanya.

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar