Siakap Keli
Shot of a stressed out businesswoman surrounded by colleagues needing help

Tiga Produk Huawei Ini Boleh Mudahkan Gaya Hidup Sibuk Anda

Hidup dizaman serba moden ni menjadikan kita sentiasa sibuk, tak kiralah dengan tugasan pejabat mahupun hal-hal dirumah. Semua benda nak cepat.

Tapi bila tak diurus dengan betul, benda kecil seperti nak cas bateri telefon pun tak sempat ataupun terlupa.

Bila dah kelam-kabut, pengecas pun tertinggal, powerbank pun lupa nak bawa. Alangkah indahnya kalau boleh cas telefon dengan cepat dan mudah. Kan?

Memahami gaya hidup korang yang sentiasa sibuk itu, Huawei telah tampilkan tiga produk yang mana setiap satunya ada ciri-ciri yang boleh melancarkan rutin harian korang. Jom kita lihat gajet apa dan yang pastinya sesuai dengan gaya hidup masa kini.

Pertama sekali adalah sebuah telefon pintar, Huawei Mate 20 Pro. Bagaimana dia boleh mudahkan hidup korang?

Bayangkan korang bangun lewat dan ada lebih kurang 30 minit untuk bersiap. Periksa telefon..”aduhhh low battery, lupa pula nak tekan suis”. Dengan Huawei Mate 20 Pro, korang boleh isi kuasa bateri berkapasiti 4200mAh sebanyak 70% hanya dalam masa 30 minit. Terima kasih kepada teknologi SuperCharge 2.0.

Paling menarik tentang pengecasan telefon ni, Huawei ada menyertakan pengecasan secara Wireless Reverse Charging. Maksudnya, jika telefon dah nak kehabisan bateri tapi takde pengecas atau plug, korang boleh lekapkan saja pada telefon pintar lain. Kuasa bateri boleh “disedut” masuk terus ke Mate 20 Pro. Tapi syaratnya, telefon pintar yang nak “sedekahkan” kuasa tu mesti ada sokongan wireless charging.

Seiring dengan gaya hidup kita yang gemar mengambil gambar, Huawei Mate 20 Pro turut dilengkapi dengan sistem kamera yang cukup berkuasa. Dalam kata lain, ambil gambar yang cantik dan jelas adalah perkara mudah bagi telefon pintar ini.

Ia gunakan tiga lensa kamera pada bahagian belakang, gabungan antara lensa 40MP (wide angle), 20MP (ultra wide angle), 8MP (3x telefoto). Untuk yang gemarkan selfie, kamera 24MP akan membantu dibahagian hadapan. Senyum saja kearah kamera, foto yang terhasil seindah wajah korang.

Mungkin ada yang dah tahu, Huawei sehingga sekarang belum lagi mendedahkan markah penanda aras DxOMark bagi Huawei Mate 20 Pro. Kenapa? Penjelasan yang diberikan adalah kerana ia terlalu tinggi.

Buat masa sekarang, Huawei P20 Pro masih berada ditangga teratas carta tanda aras DxOMark. Agak-agak boleh bayangkan tak hasil gambar Mate 20 Pro? Mesti lagi padu daripada Huawei P20 Pro.

Korang selalu lakukan tugasan diluar pejabat? Laptop sedia ada berat, nak hantar fail pun lambat?

Gajet kedua ini mungkin jawapan untuk korang. Dinamakan sebagai Huawei MateBook X Pro, ia bakal memudahkan anda dimana-mana saja kerana rekaannya elegan tetapi yang penting sekali adalah ringan dan nipis. Kita mana ada masa nak heret barang-barang berat ni, betul?

Memudahkan anda menjalankan sebarang tugasan, dari kerja-kerja pejabat hinggalah kepada melampiaskan nafsu bermain video game. Ia dipadukan dengan cip pemprosesan generasi ke-8 dari Intel dan digandingkan bersama pemproses grafik Nvidia MX150 GPU.

Sistem audionya dari ATMOS Dolby dengan talaan 4 speaker. Sesuai la dengan korang yang suka tonton drama online tu. Pengecasnya juga hanya bersaiz poket dan mudah dimuatkan kedalam ruang bag korang yang terhad.

Bagi anda yang sentiasa risaukan privasi, kamera pada laptop ini boleh disorokkan. Kini anda tidak perlu lagi risau dengan perasaan seperti sedang “diperhatikan”. Seperkara lagi MateBook X Pro ini boleh mudahkan hidup anda dengan pemindahan data yang pantas.

Sambungkan saja telefon pintar korang dengan laptop ini melalui Huawei Share, 1000 gambar boleh disalin dalam masa 3 minit, sementara video 1GB berupaya dihantar dalam seminit. Mudah dan pantas tanpa sebarang sambungan wayar.

Seterusnya yang juga gajet terakhir adalah Huawei Watch GT. Jam tangan pintar ini bersesuaian untuk orang yang sibuk bersenam, berenang dan lain-lain aktiviti riadah tetapi dalam masa yang sama mementingkan penampilan.

Dibangunkan dengan reka bentuk menawan ditambah dengan kemampuan bateri yang boleh bertahan selama 2 minggu mengikut penggunaan normal.

Dengan Huawei Watch GT, korang boleh pantau kadar degupan jantung, boleh kira jarak larian atau langkah, kadar oksigen dan banyak lagi.

Watch GT disediakan dengan sokongan ketahanan 5 ATM bermaksud ia boleh teman korang berenang didalam kolam mahupun dilautan sehingga kedalaman 50 meter. Rupa parasnya yang kemas dan premium membenarkan anda memakai kemana saja.

Kalau diperhatikan, kesemua gajet yang diperkenalkan ni mempunyai persamaan iaitu bateri yang bertahan lama dan rekaan penuh bergaya serta elegan.

Macam mana sekarang? Ada tak yang berjaya menawan hati untuk menemani gaya hidup moden korang yang sibuk tu atau korang berkenan dengan ketiga-tiganya sekali?

Bak kata pepatah mat saleh, “Two is better than one” tapi mungkin kombinasi gajet Huawei ini lebih sesuai disebut “Three is better than one”.

Jika anda berhasrat untuk mendapatkan sama ada Huawei Mate 20 Pro, Huawei MateBook X Pro atau Huawei Watch GT, sediakanlah wang hantaran dan pergilah merisik di Huawei Online Shop dan juga Facebook Huawei untuk maklumat lanjut. Siri Huawei Mate sedia menjadi pasangan anda kemana saja.


Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think