Siakap Keli

(Video) Reaksi ‘Si Buta’ Ini Ketika Pemain Kesayangannya Jaringkan Gol Buat Netizen Tersentuh Hati

Sukan menyatupadukan semua, tanpa mengambil kira siapakah anda,warna kulit, bahawa ataupun bangsa berbeza. Semua orang boleh bersorak bersama-sama menyokong pemain-pemain daripada pasukan kesayangan beraksi di atas padang mencari kemenangan.

Lebih-lebih lagi jika sukan itu adalah sukan bola sepak. Orang asing pun boleh jadi kawan jika ketika bersorak bersama-sama, tidak kisahlah di kedai mamak mahupun di stadium terutamanya ketika gol dijaringkan.

Inilah yang dibuktikan melalui perkongsian sebuah klip video di Teitter oleh @loonyroon bagaimana seorang penyokong bola sepak kelab Liverpool yang kebetulan orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan meraikan jaringan daripada bintang sensasi Mohammad Salah.

Klip video berkenaan diambil ketika kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu melayani kunjungan Napoli dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi semalam. Liverpool layak ke peringkat seterusnya hasil jaringan tunggal daripada pemain kelahiran Mesir itu.

Lelaki berkenaan dilihat begitu beremosi dengan jaringan tersebut, ditambah lagi dengan bantuan seorang lagi individu di sebelahnya yang menerangkan situasi jaringan berkenaan.

Saksikan momen-momen indah tersebut di bawah.

Sumber : Twitter @loonyroon 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.