Siakap Keli

(Video) ‘Sungai Coklat’ Atas Jalan Raya Gara-Gara Tangki Simpanan Pecah

Sebatang jalan di Jerman ini bertukar menjadi ‘sungai’ coklat setelah sebuah tangki simpanan di sebuah kilang bocor menyaksikan cecair berharga dianggarkan seberat 1 tan itu melimpahi jalan raya berdekatan.

Menurut laporan akhbar tempatan, Soester Anzeiger, tangki simpanan berkenaan berhadapan dengan masalah teknikal kecil dalam kejadian yang berlaku di kilang DreiMeister di Westönnen.

Susu coklat berkenaan pantas membeku sebaik sahaja mengalir di atas jalan raya disebabkan cuaca sejuk yang sedang dialami oleh negara-negara Eropah ketika ini.

Seramai 25 orang anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu usaha-usaha untuk memecahkan coklat-coklat yang membeku di atas jalan tersebut. Selain menggunakan alatan tajam, anggota bomba ini turut menggunakan air panas yang dituang diatas coklat bagi mencairkannya kembali.

Pengurusan berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan kilang tersebut akan beroperasi kembali dalam masa terdekat dan berbasib baik kerana kemalangan berkenaan bukan berlaku ketika sehari sebelum Krismas.

Sumber : The Guardian

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.