Siakap Keli

Demi Cinta ‘Pandang Pertama’, Lelaki Sanggup Berhenti Kerja, Tunggu Gadis Idaman Di Kedai Buku Hampir 2 Bulan Dari Pagi Sampai Malam

Demi cinta, ramai yang sanggup melakukan apa sahaja termasuklah perkara yang tidak masuk akal sekalipun. Boleh dikatakan cinta pandang pertama, seorang lelaki warga China menjadi tajuk berita utama di negaranya selepas dia sanggupmenunggu kehadiran gadis miseri selama 50 hari di sebuah kedai buku di Beijing.

Semua itu berlaku setelah lelaki ini jatuh cinta dengan gadis berkenaan selepas bertentangan mata dengannya selama 10 saat.

Lelaki yang berusia 26 tahun ini sangat yakin akan cinta pandang pertamanya yang ditemui di kedai itu merupakan gadis yang menjadi idamannya selama ini.

Demi berjumpa semula dengan gadis itu dan meluahkan perasaannya dia sanggup berhenti kerja dan menunggu di kedai buku tersebut setiap hari dari pukul 11 pagi sehingga 7 malam, dengan harapan dapat berjumpa dengannya sekali lagi untuk meluahkan perasaannya.

Dia juga turut berusaha mengedarkan lakaran wajah gadis berkenaan kepada mereka yang mengunjungi kedai buku tersebut dengan harapan ada sesiapa yang mengenali gadis itu.

Gambar : lakaran gadis berkenaan

Menurut Sun, kali pertama dia melihat gadis idamannya itu di kedai buku popular Wangfujing di Beijing, ketika dia keluar bersama seorang gadis yang meminatinya.

Ketika terserempak dengan gadis idamannya itu, mereka bertentang mata selama 10 saat dan dia merasakan terdapat ‘hubungan istimewa’ antara mereka.

Tetapi, pada masa yang sama dia tidak mahu menyinggung perasaan gadis yang menyukainya itu dengan mendekati gadis lain.

Sun berkata, walaupun gadis tersebut meninggalkan kedai buku itu tanpa bercakap dengannya, dia mendakwa tidak mampu melupakan gadis tersebut kerana itulah dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.

Selepas menghabiskan masa selama lebih 50 hari di kedai buku, dari waktu mula sehingga tamat operasi tanpa kemunculan gadis itu, dia yang terdesak cuba menfailkan tindakan undang-undang terhadap gadis misteri yang menyebabkan gangguan emosi kepadanya.

Mahkamah menolak permintaannya yang tidak masuk akal memandangkan dia sendiri tidak mengetahui nama individu yang hendak disamannya.

Sun berkata, dia akan tetap berusaha mencuba idea baharu agar dapat dipertemukan semula dengan gadis tersebut.

Kisah lelaki ini telah menjadi tular di media sosial di China, namun bukannya ramai yang memuji usahanya sebaliknya mereka mengkritik tindakan Sun sehingga melabelkannya sebagai seorang yang menakutkan dan psiko.

Malah, ada yang memberi amaran kepada wanita yang tidak dikenali itu agar menjauhkan diri sebak mungkin daripada pemuda terbabit.

Sumber : odditycentral

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Sha Rossa

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di