Siakap Keli

”Menitik Air Mata Aku, Dia Tiada Kaki Kiri, Satu Buah Pinggang Dan Pakai Pampers,” Majikan Tersentuh, Takdir Bertemu Pekerja OKU

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam kehidupan ini, semua sudah ditakdirkan Allah dengan jalan hidup sendiri. Ada yang bernasib baik diberikan nikmat kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah, ada juga yang diuji dengan keadaan fizikal tidak seperti orang lain. Apa pun dugaan yang datang, kita sebagai manusia harus tabah menerimanya kerana setiap percaturan Allah itu ada hikmah yang tersembunyi.

Seperti lelaki ini yang ditakdirkan bertemu dengan seorang pemuda OKU ketika dia sedang mencari pekerja untuk membantunya berniaga. Tiada tempat berteduh, hanya mempunyai sebelah kaki, satu buah pinggang malah memakai pampers membuatkan dia buntu pada awalnya untuk membantu anak muda ini.

Mengakui tersentuh hingga menitiskan air mata melihat keadaan pemuda yang gigih ingin mencari sesuap nasi walau dalam keadaan fizikal yang tidak sempurna, lelaki ini telah mendapat idea memulakan perniagaan ais krim goyang di pasar malam bagi membantunya. Terima kasih Encik Rahiman Ab Rahim kerana usaha murni anda, moga Allah murahkan rezeki anda sekeluarga. Amin!

Assalamualaikum…..

Lepas aku tarik balik kes polis 4 perempuan pekerja aku.. Aku pun cuti pasar mlm… Tak ada pekerja.. Nak niaga macam mana.. Cuti cuti lah dulu…tapi job sngpore aku sentiasa ada..kedai secondhand tetap berjalan… Alhamdulillah..

Sedang aku mencari dan mencari pkerja.. Takdir nya aku dapat seorang pkerja istimewa..aku pun tak tahu knapa dan mengapa hati ini tergerak untuk menerima dia bkerja.. Walhal dia orang kurang upaya (oku) tiada kaki kiri… Tiada satu buah pinggang… Pakai pampers.. Tiada ibu dan bapa… Tiada tempat berteduh.. kerja pasar mlm ni perlukan pergerakan.. Kne pantas.. Kne cepat…

Aku terima dia.. Allah yg gerakkan hati dia untuk bertemu aku.. Allah yg gerakkan hati aku untuk terima dia.. Aku angap ni kerja Allah.. Malam tu dia datang jumpa aku.. Allah.. Menitik air mata aku.. Muka aku ganas tapi hati aku mudah tersentuh..

Adoi… Apa kerja aku nak bgi dia nie erkkk… Ni pngalaman baru buat aku nie.. Mati akal jugak.. Niat nak tolong tapi aku tak tahu nk bgi kerja apa… Aku pun pos dlm group..niat dhati aku nk dia buat aiskrim malaysia..aku nk cari pembeli… Macam macam idea yg mereka beri.. Tapi dlm bnyak 2 idea ada satu yg aku rasa logik.. Munasabah.. Tak perlu pergerakkan kaki.. Hanya duduk.. Ermmmmmm…

Macam sesuai jek nie.. Aku pun beli lah mesin aiskrim goyang.. Nasib ada yg secondhand.. Alhamdulillah… Hari ini hari kedua dia membuat aiskrim goyang.. Biar lah dia bergoyang kat situ.. Asalkan dia ada kerja..biar dia bkerja.. Itu lagi baik dari dia meminta ikhsan orang..

Alhamdulillah sekarang team baru pasar malam aku dah 5 pkerja….. Sorang ank yatim piatu… Sorang oku yatim piatu… Sorang ibu tunggal… Sorang dah tak minat skolah….sorang lagi pelajar maktab…

Harap 2 ini kali lah.. Aku penat dah cari pkerja…… Jujur amanah bertangungjwap susah nak jumpa.. Dapat sipi sipi pun jadi lah…

# Moral of story bsyukur lah kita kerana allah bgi kita sifat yg cukup.. Orng mcm ni ada klebihan tersendri yg kita tak tahu…

Sumber : Nia Jaya

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di