Siakap Keli

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Sehingga Selasa

Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora dengan kelajuan 40-50km sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Sabah sehingga Selasa, 18 Dis ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini angin kencang dengan ukuran berkenaan juga dijangka melanda kawasan perairan Tioman, selatan Condore, Bunguran, selatan Reef North, Layang-Layang, Reef South, Labuan dan Palawan.

“Keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut,” menurutnya.

Sementara itu angin kencang Timur Laut dan laut bergelora berkelajuan 50 hingga 60km sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter diramal berlaku di kawasan perairan Samui, utara Condore dan utara Reef North sehingga Selasa ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk aktiviti menangkap ikan dan perkhidmatan feri. – BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Editor: Nur Farra

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di