Siakap Keli
Gambar Hiasan

Aneh, Pokok Di Afrika Keluarkan Cecair Persis Darah Manusia

Semua orang tahu pokok adalah tumbuhan hidup yang semulajadi tumbuh di bukit dan gunung serta tumbuh di tepi-tepi jalan. Pokok boleh dikategorikan pelbagai jenis, sama ada dari rumput kepada pokok yang paling besar.

Tapi ada juga jenis pokok yang mempunyai getah pada dahannya serpeti pokok getah dan pokok-pokok yang tumbuh di dalam hutan tebal. Pernahkah anda dengar tentang pokok yang mengeluarkan getah berwarna merah seperti darah manusia.

Ini terjadi pada pokok kayu gurun padang pasir (corymbia opaca) dan pokok jati di Afrika (pterocarpus angolensis) kedua-dua pokok ini mengeluarkan getah serupa dengan darah manusia seakan ia disumpah.

Di Afrika terdapat tiga jenis pokok jenis ini iaitu Kiaat, Muninga dan Mukwa. Ini hanya terdapat di sebelah selatan Afrika dan dikenali juga sebagai pokok ‘bloodwood’ kerana terdapat sejenis cecair merah gelap di bahagian kayunya.

Apabila anda cuba memotong atau merosakkan bahagian batangnya, cecair merah tersebut akan keluar dan seolah-olah ia terlalu sakit dan mengalami cedera. Walaupun kita rasa gerun dan seram tentang cecair tersebut namun, di Afrika ia diambil untuk dijadikan pewarna memcipta kosmetik untuk muka dan badan.

Kayu daripada pohon ini juga dijadikan perabot dan nilai penjualannya sangat tinggi. Hal ini kerana kualiti daripada pokok ini sangat bait jita dibandingkan dengan yang lain. Sifatnya yang tahan lama membolehkan untuk menjadi kayu yang paling sempurna untuk membina bot dan kanu.

 

Sumber; commonplacefacts, mindblowingfact,

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang