Siakap Keli

Mat Sabu Akui Ucapan Tidak Lagi ‘Umph’

Dahulu, kemunculan tokoh politik tanah air ini di atas pentas ceramah sering dinanti-nantikan penyokongnya.

Ini kerana Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu tidak pernah jemu menghidangkan cerita-cerita panas dan kontroversi berkaitan politik tanah air dalam cara yang mencuit hati.

Bagaimanapun sejak memegang jawatan Menteri Pertahanan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Presiden Amanah itu mengakui ucapannya sudah “tiada umph”.

“Ceramah saya sudah tidak sedap macam dulu sebab banyak pantang larang (untuk bercakap). Misalnya isu Johor dengan Singapura hanya Kementerian Luar yang keluarkan kenyataan dan cuba selesaikan.

“Kementerian Pertahanan pula tidak keluar kenyataan sebab bukan ‘my turn’ (masa saya),” katanya ketika sesi penggulungan pimpinan nasional pada Konvensyen Nasional Amanah 2018, di sini hari ini.

Jelas Anggota Parlimen Kota Raja berumur 64 tahun itu walaupun isu tersebut dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan Negara,  ia bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya untuk diselesaikan.

— BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.