Siakap Keli

Pesawat Patah Balik Selepas Organ Manusia Tertinggal Dalam Kargo

Sebuah pesawat penumpang Amerika Syarikat yang sedang menuju ke Dallas dari Seattle terpaksa berpatah balik selepas mendapati terdapat organ jantung manusia yang tertinggal di dalam kargo penerbangan tersebut.

Menurut jurucakap Southwest Airlines, organ itu diterbangkan dari California ke Seattle untuk melalui proses mendapatkan injap baharu sebelum digunakan dalam pembedahan  yang akan datang.

Bekas yang mengandungi organ itu disedari tertinggal di dalam pesawat ketika kapal tersebut berada di wilayah Idaho yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan di udara.

 

Sejurus sahaja menyedari perkara itu, kapten pesawat segera menjelaskan perkara sebenar kepada para penumpang sebelum mereka  kembali semula ke Seattle.

Rata-rata penumpang dipercayai memberikan reaksi yang terkejut namun turut sama membantu memeriksa tempoh masa berapa lama jantung itu boleh disimpan sebelum ianya tidak lagi boleh digunakan.

Keluarga penderma jantung tersebut juga telah dimaklumkan mengenai kesilapan itu.

Menurut laporan berita tempatan, organ tersebut berjaya sampai Pusat Penderma Organ pada masa yang ditetapkan dan kini sedang menjalani proses tertentu sebelum dipindahkan kepada penerimanya.

Sumber: BBC

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar