Siakap Keli

Rasai Sendiri Kelancaran Sistem Penjualan Tiket, Syed Saddiq Puji Vietnam, Bakal Perkenal Sistem Baru Lebih Selamat Untuk Malaysia

Syed Saddiq, Menteri Belia Dan Sukan antara penyokong Harimau Malaya yang turut turun ke Hanoi bagi menyaksikan perlawanan aksi 2 Piala AFF Suzuki malam tadi.

Selain ingin menyokong pasukan Malaysia berjuang, Syed Saddiq turut dalam masa sama memerhatikan bagaimana sistem tiket di sana dijalankan.

Melalui status Instagram miliknya, Syed Saddiq memuji perlaksanaan tiket yang dibuat di negara tersebut selepas merasai sendiri pengalaman berurusan dengan sistem mereka.

Sebelum ini, beliau menyatakan rasa kesal apabila penjualan tiket ketika perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak berjalan dengan lancar sehingga menyebabkan ramai penyokong tidak dapat membeli tiket selain ada juga yang tercedera akibat kesesakan yang teruk.

Terbaru, Syed Saddiq turut mengumumkan sistem penjualan tiket baru akan diperkenalkan lebih lancar dan selamat bagi semua penyokong.

Nur Farra