Siakap Keli

Muhammad Adib Meninggal Dunia

Kuala Lumpur, 17 Dis : Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 Nov lepas disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam ini.

Berita menyedihkan itu disahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Jenazah Allahyarham Adib dijadualkan akan dibawa ke Balai Bomba Hang Tuah, di sini pada esok untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa pulang ke Kedah dan akan dikebumikan selepas Zohor. – Bernama

Nur Farra