Siakap Keli

Mulai Tahun Depan, Perokok Hanya Dibenar Merokok 3 Meter Dari Kedai Makan – KKM

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata mulai Disember depan semua restoran terbuka akan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok.

Menurut beliau, arahan ini bukan sahaja tertakluk kepada tempat awam dan bangunan kerajaan, tetapi ia turut membabitkan semua restoran dan premis makanan termasuk warung-warung makanan tepi jalan.

Tindakan akan diambil terhadap perokok dan juga pemilik premis jika tidak mematuhi peraturan yang terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324).

Bersedia dengan bantahan dan reaksi rakyat terutama perokok, beliau berkata pihak kementerian tidak akan berkompromi apabila melibatkan aspek kesihatan rakyat di Malaysia.

Ini adalah antara usaha KKM untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar daripada penyakit yang berpunca daripada asap rokok.

Terbaru, Dr. Lee Booon Chye dalam satu status Facebook rasmi KKM memberitahu bahawa, Berkuatkuasa awal tahun depan, perokok hanya dibenarkan merokok di kawasan 3 meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka.

Setiap premis kedai makanan perlu menaikkan tandan larangan merokok dan tidak sama sekali berkompromi dengan perokok ini.

Mereka dilarang menyediakan apa-apa kemudahan merokok seperti bilik khas dan tempat buang puntung rokok.

 

Nur Farra