Siakap Keli

Periksa Pekakas Sebelum Masak, Sudip Berkarat Boleh Memudaratkan Kesihatan Kita

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa sangka sebenarnya peralatan memasak di rumah juga boleh membahayakan kesihatan kita sekeluarga tanpa kita sedari meskipun dapur sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat untuk meneyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat kepada keluarga.

Bagaimana boleh berlaku?

Kadang-kala, kita tak sedar peralatan dan pekakas memasak di rumah rupanya ada yang dah berkarat. Contohnya sudip yang sering digunakan untuk memasak makanan harian keluarga.

Entri kali ini akan berkongsi perkongsian dari saudara Mohd Fhais di laman facebooknya mengenai bahaya menggunakan peralatan memasak yang berkarat terutamanya sudip memasak dan cara mudah untuk menjaga kebersihan peralatan dapur supaya sentiasa bersih dan tidak memudaratkan kesihatan.

Mari ikuti perkongsian ini dan semoga bermanfaat.

Gambar hiasan
Sumber: Google

Periksa Sudip Sebelum Masak !

Jangan main-main dengan karat. Secebis je masuk ke dalam perut boleh beri mudarat kat badan kita. Boleh kena keracunan logam berat. Boleh kena asma. Paling bahaya ialah kanser ginjal.

Terkejut ! Selama ni duk masak bagi anak makan, tapi tak perasan sudip ni dah berkarat. Mujur tiada apa-apa berlaku. Risau juga jangka panjang apa kesan dia.

Bila di periksa rupa-rupanya tempat sangkut sudip ni tak sesuai. Kerana peralatan yang ada besi ni, ia mudah berkarat bila di letak di kawasan yang ada udara lembab atau senang cakap dekat dengan sinki.

Bayangkan masa basuh pingan, cawan, tangan, air basuhan tu mesti terpercik keluar kena pada sudip. Bila air melekat pada besi, bercampur dengan oksigen akan berlaku proses oksidasi. Maka terjadinya karat.

Gambar hiasan
Sumber: Google

Sabun pencuci sekarang pun kebanyakkannya menggunakan bahan bersifat asam (asidic) seperti lemon. Bukan sahaja membersih kotoran, bahkan ia boleh menghakis coating anti karat seperti crom, stainless dan teflon.

Bila tiada coating anti karat, semakin mudah la peralatan dapur nak berkarat.

Bukan sudip je, apa sahaja peralatan dapur yang berunsur besi seperti pisau, sudu, garfu, jug, cawan, malah periuk pun berisiko untuk beroksidasi. Jadi karat !

Yang ada anak kecil di rumah hati hati..

Risiko kanak-kanak kena keracunan logam ni lebih tinggi dari orang dewasa. Sebab usus mereka lebih sensetif dan peka mencerna makanan berbanding orang dewasa.

Jika anak berumur 1-5 tahun ada simptom seperti kurang selera makan, kerap gelisah, hilang minat bermain dan kerap muntah secara berlarutan lebih dari 3-5 hari, baik bawa mereka untuk buat pemeriksaan kesihatan.

Gambar hiasan
Sumber: Google

Jaga kebersihan peralatan dapur dengan:

1. Pastikan setiap kotoran di basuh dengan baik dan tiada yang tertinggal.

2. Kotoran makanan yang bersifat asam seperti daging, produk susu, telur, kopi, gula, minuman bersoda dan lemon tidak boleh di biarkan terlalu lama pada alatan besi.

3. Wajib basuh secepat mungkin kerana kotoran seperti ini boleh menghakis coating pada besi jika di biarkan. Juga menyebabkan karat.

4. Selepas basuh guna bahan pencuci pastikan bilas air dengan menyeluruh dan tiada kesan pencuci yang tertinggal. Boleh periksa tahap kesat sebab kalau ada sabun akan rasa licin.

Gambar hiasan
Sumber: Google

5. Seeloknya jangan terlalu menyental dengan berus yang kasar, span biasa sudah memadai. Supaya coating anti karat tidak menipis.

6. Jika ada kerak kesan hangus rendam dahulu dengan air. Jangan terus gosok kerana ia mengalakkan coating anti karat terhakis.

7. Lepas basuh, pastikan lap sisa air di alatan sehingga kering.

8. Akhir sekali letaklah alatan besi di tempat yang bertutup seperti laci atau rak, atau tempat yang kedap tiada udara lembab. Jauh dari sinki.

Mula sekarang ! Kesihatan anak dan pasangan kita bergantung pada kebersihan dapur, alatan dan makanan kita.

Nak mudah tukar je semua peralatan besi kepada kaca, porselen atau yang guna marble coating. Bebas karat. Bebas kerisauan.

Nak makan pun tenang bila tak risau pasal kebersihan makanan.

p/s : Kongsikan pada orang lain juga ya supaya semua orang dapat pesanan yang sangat penting ini.

p/s : Jom dapatkan lebih banyak ilmu dan tips kekeluargaan dan parenting dalam telegram saya.
Join di sini -> t.me/CoretanFhais

Sumber: Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar