Siakap Keli

Sering Berasa Lesu Ketika Di Dalam Kelas Mahupun Di Pejabat? Segarkan Kembali Diri Anda Dengan Melakukan Perkara-Perkara Ini

Selepas beberapa jam di dalam kuliah atau bekerja keras di pejabat, pastinya kita akan berasa penat dan lesu. Malah, menurut kajian, daya fokus seorang manusia normal mampu kekal berada dalam tahap terbaik selama 40 minit sahaja sebelum memerlukan rehat.

Rehat yang dicadangkan adalah sekitar 10 ke 15 minit setiap 40 minit. Apakah yang kita boleh lakukan semasa tempoh rehat 15 minit itu? Jom ikuti beberapa tips untuk menyegarkan kembali fizikal dan mental anda dalam aktiviti seharian.

1. Tidur sebentar

Tidur yang cukup penting untuk kita menjalani kehidupan seharian dengan kualiti yang terbaik. Malah, tidur sebentar untuk tempoh 10 ke 20 minit juga terbukti dapat membantu dalam menyegarkan diri selepas penat bekerja.

Untuk para pelajar, seeloknya minta kebenaran pengajar untuk tidur sebentar jika memang tidak boleh tahan. Tapi jangan tidur sampai 2 jam pula, takut korang kena simbah dengan air nanti.

2. Berjalan-jalan mengambil udara segar

Kadar oksigen yang mencukupi juga membantu dalam mengekalkan kesegaran minda kita. Menurut beberapa kajian, gabungan di antara udara segar dan pergerakan tubuh badan semasa berjalan akan menyebabkan badan rasa kembali bertenaga.

3. Elakkan daripada bermain games atau baring

Mungkin ada di antara kita menganggap bermain games atau sekadar baring sebentar dapat memberikan kecergasan kepada tubuh, sama seperti tidur. Namun perkara ini perlu dielakkan kerana badan kita sebenarnya akan berasa lebih lesu dan lemah.

4. Berbual dengan rakan sekerja atau sekelas

Tekanan kerja juga boleh menyebabkan kita berasa penat dan lesu. Jika ia berlaku, ajaklah rakan baik anda untuk berbual-bual kosong buat seketika. Lagi bagus perbualan itu menyebabkan anda ketawa kerana ketawa terbukti dapat membantu untuk melepaskan tekanan.
Jangan pula ketawa terlalu kuat atau banyak, nanti orang lain pula yang stress dibuatnya.

5. Minum air secukupnya

Pastikan anda minum air secukupnya. Air amat penting dalam memastikan tubuh badan sentiasa berasa segar dan bertenaga. Selain air masak, minuman mengandungi kafein seperti kopi dan teh turut membantu menyelesaikan masalah ini.

Bercakap mengenainya, tidak semua berkesempatan membancuh air kopi atau teh sendiri ketika bekerja. Tapi korang tidak perlu risau mengenainya kerana Yeo’s boleh membantu selesaikannya.

Yeo’s ada menawarkan tiga perisa minuman botol Justea & Justcoffee yang sedap lagi menyegarkan. Korang boleh pilih di antara minuman Justea Matcha Latte, Justcoffee Iced Coffee atau Iced Cafe Latte. Tiga perisa berbeza namun kesegaran yang sama.

Bukan sahaja menyegarkan, malah ia disediakan menggunakan daun teh dan biji kopi dengan kualiti yang terbaik. Memang sesuai untuk mereka yang mengutamakan kualiti dalam setiap perkara. Kena pulak minum masa masih sejuk, memang syok habis!

Apa lagi tunggu? Dapatkan minuman Justea & Justcoffee korang di cawangan Shell Select, BHPetrol, Petron, KK Mart, Magron dan kedai-kedai runcit berhampiran anda sekarang. Pastinya dengan harga yang amat berpatutan serta dijamin halal oleh JAKIM.

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Yeo’s Malaysia.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.