Siakap Keli

Tawar RM400 Ribu Kepada Mereka Yang Sanggup Setahun Hidup Tanpa Telefon Pintar

Bolehkah anda hidup selama setahun tanpa telefon pintar disisi? Syarikat Vitaminwater telah mengumumkan cabaran ‘teknologi’ khas buat penagih telefon pintar dengan hadiah wang tunai sebanyak RM400,000 bagi sesiapa yang sanggup tidak menggunakan mana-mana teknologi selama 365 hari.

Bagi menyertai pertandingan tersebut, peserta diminta memuat naik gambar menerusi Twitter atau Instagram dan menjelaskan mengapa anda mahu berehat daripada telefon pintar serta apa yang akan ada lakukan selama tempoh ‘berehat’ itu.

Peserta akan diberikan telefon bimbit biasa hanya untuk membuat panggilan dan masih boleh menggunakan komputer riba serta kemudahan teknologi lain seperti Google Home.

Menurut pengurus besar jenama itu, Natalie Suarez berkata, “Cabaran ini seolah-olah mengembalikan mereka pada era 1996 tanpa penggunaan teknologi tinggi.

“Mereka tak dibenarkan menggunakan telefon walaupun ia milik seorang kawan.  Kami cabar mereka lakukan sesuatu yang lebih bermakna dengan masa yang mereka ada.”

Sumber: Fortune

Nur Farra