Siakap Keli

Burung Kakak Tua ‘Nakal’, Pesan Makanan Melalui Peranti Alexa Semasa Tuannya Keluar Rumah

Seekor burung kakak tua jenis Afrika Grey ‘kantoi’ membuat pesanan makanan melalui peranti Alexa ketika tuannya sedang tidak berada di rumah.

Alexa merupakan sebuah peranti elektronik pintar yang mempunyai fungsi membolehkan kita melakukan sesuatu contohnya seperti memesan barangan, memutarkan lagu kegemaran kita atau membuat carian di google.

Image result for alexa device

Burung yang diberi nama Rocco itu memesan makanan kegemaran nya seperti buah stroberi dan nangka melalui peranti elektronik tersebut. Rocco juga dilaporkan sempat memesan sebuah cerek elektrik.

Bagaimanapun, cubaannya untuk membeli makanan dan pekakas tersebut gagal berikutan tuannya, Marion Wischnewski telah menetapkan kata laluan khas yang tidak boleh digunakan sesuka hati.

Rocco yang tinggal bersama tuannya di United Kingdom dipercayai berusaha menggunakan peranti itu untuk memesan makanan, layang-layang dan juga mentol lampu sejak dia berpindah masuk ke rumah tersebut.

“Rocco juga sering menggunakan peranti Alexa untuk memutarkan lagu kesukaannya kerana burung ini gemar menari dan memiliki personaliti yang romantik,” ujar Marion yang dipetik dari laporan tempatan.

Terdahulu, Marion bersetuju untuk mengambil Rocco dan membawanya pulang selepas melihatnya membuat kekacauan di Pusat Kebajikan Haiwan dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta menjatuhkan bekas makanannya ke lantai.

Sumber: Newsweek

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar