Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kandungan Omega-3 Dalam Salmon Membantu Mengekalkan Kecergasan Otot dan Mengurang Risiko Alzheimer

Walaupun kebanyakkan hidupan laut berharga mahal tetapi ia tetap menjadi pilihan ramai terutama udang, ketam, kerang, lobter dan ikan. Pelbagai jenis menu berasaskan makanan laut seperti tomyam “seefood”, “shell out” dan mee udang. Setiap makanan laut mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tertentu contohnya kerang dapat menambah darah dan membantu orang yang mengalami masalah kekurangan darah.

Sumber Google: https://logisticsmgepsupv.wordpress.com

Mungkin ada di antara kita yang pernah merasai atau melihat di kaca televisyen mengenai ikan salmon. Ikan ini boleh digoreng atau di makan secara mentah. Namun, adakah kita mengetahui khasiat yang terkandung dalam salmon dan baik untuk tubuh manusia.

Salmon kaya dengan omega-3 EPA dan DHA yang dapat melindungi tubuh daripada penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kanser, mempercepatkan proses menyembuhkan keradangan dan menghalang arteri daripada tersumbat. Organisasi kesihatan mengesyorkan golongan dewasa untuk mengambil 250-500mg EPA dan DHA sehari bagi memenuhi keperluan omega-3 dalam tubuh anda.

Sumber Google: www.greatbritishchefs.com

Tubuh kita memerlukan pemakanan seimbang dari segi protein, karbohidrat dan lemak yang akan diproses menjadi tenaga, sekiranya salah satu daripadanya diambil secara berlebihan ia akan menyebabkan risiko obesiti. Terutama semasa mengamalkan diet, pengambilan protein yang betul dapat menurunkan berat badan anda secara konsisten. Kandungan protein juga mengekalkan kesihatan tulang dan jisim otot serta melambatkan proses penuaan.

Sumber Google: https://tasteforlife.com

Selain itu, salmon juga mengandungi vitamin B yang berfungsi memastikan kesihatan sistem saraf, mencipta dan membaiki DNA, mengekalkan fungsi otak serta dapat melindungi anda daripada risiko penyakit Alzheimer. Pemakanan yang sihat dapat meningkatkan kecerdasan otak dan daya ingatan walaupun telah berusia.

Sumber Google: https://choicemutual.com

Selenium adalah mineral yang bertindak melindungi tubuh daripada pengeluaran hormon tiroid, menyokong sistem imun, mengurangkan risiko keguguran serta mengurang risiko penyakit kardiovaskular. Mineral ini meningkatkan lagi ketahanan tubuh daripada mudah dijangkiti penyakit.

Ikan ini sesuai dimakan oleh semua peringkat umur serta mengandungi lemak yang sihat yang diperlukan oleh tubuh. Pengambilan salmon dalam pemakanan harian, menjadikan anda lebih cepat kenyang selain dapat membantu mengekalkan kecergasan badan.

Setiap orang inginkan badan yang langsing dan sihat, selain mengamalkan pelbagai aktiviti yang sihat gaya pemakanan turut perlu diambil perhatian. Makanan yang seimbang dapat membantu anda mendapatkan tubuh yang sihat dan dalam masa yang sama dapat melindungi tubuh daripada obesiti.

Sumber: draxe, healthlinestylecraze

 

 

 

 

 

 

marlya syafikah