Siakap Keli
BERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Siasatan Kematian Muhammad Adib Diklafikasi Semula Sebagai Kes Bunuh

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — Kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kini disiasat dan diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, kata Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab.

Dalam kenyataan malam ini, beliau berkata kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh tetapi kini diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Muhammad Adib, 24, yang cedera parah dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam ini.

Perkara itu disahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin kepada pemberita di IJN.​​​​​​​

Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika menyertai operasi memadam kebakaran di hadapan kuil itu.​​​​​​

Allahyarham pada asalnya dirawat di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, sebelum dipindahkan ke IJN pada hari sama.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di