Siakap Keli

Tersebar Hukuman Mirip Buruh Paksa, Nasib Masyarakat Islam Minoriti Di China Menjadi Persoalan

Kashgar, China- Ratusan ribu tahanan muslim di kem pengasingan yang terletak di Barat China sedang dilatih oleh Kerajaan China dalam persediaan untuk menjadi rakyat China yang patuh kepada Negara dan Parti Komunis China.

Tahanan-tahanan ini dilatih mengenai kerja-kerja industri tekstil di China dalam usaha kerajaan untuk menyediakan ‘jalan keluar’ dari kemiskinan dan juga Islam radikal.

Namun, bukti-bukti yang tersebar di alam maya mencadangkan yang sistem tersebut mirip dengan sistem buruh paksa yang telah dikritik oleh badan-badan antarabangsa. Langkah China dalam menyekat pengaruh masyarakat minoriti Islam yang berjumlah 12 juta orang di Xinjiang itu bakal menguatkan lagi bantahan antarabangsa kepada negara republik tersebut.

Gambar-gambar yang diperolehi oleh satelit menunjukkan yang tahanan telah dihantar ke kilang-kilang baharu yang dibina berdekatan dengan kem. Mehmet Volkan Kasikci, seorang pemerhati di Turki telah mengumpul maklumat dan bukti mengenai penindasan China terhadap masyarakt Islam di sana.

“Tahanan telah dibayar dengan upah yang sangat rendah dan pada masa yang sama membekalkan tenaga kerja kepada kilang-kilang ini”.

China sebelum ini mengendahkan bantahan antarabangsa terhadap program kema pengasingan mereka. Tahanan ini dipaksa untuk memberikan taat setia kepada Parti Komunis melebihi tuntutan agama islam. Badan dunia seperti Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengarahkan program kem pengasingan ini ditutup tetapi tidak diendahkan oleh China.

Related image

Angka tidak rasmi menjangkakan seramai 1 juta orang telah ditahan yang rata-ratanya terdiri daripada etnik Uighurs dan etnik minoriti muslim yang lain.

Perkembangan ini dilihat membimbangkan kerana bukan sahaja pelanggaran hak asasi manusia, kini pengusaha dan ahli perniagaan China dikatakan mengambil kesempatan terhadap tahanan-tahanan ini.

Bagaimanapun, kerajaan China dijangka akan tetap meneruskan program tersebut meski mendapat tentangan antarabangsa.

Sumber: The NewYork Times

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar