Siakap Keli

Tukar Gambar Profil, Status Kehilangan Adib Dikecam Netizen, Facebook Waytha Moorthy Dinyah Aktif

Kematian Muhammad Adib memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.  Terkini, kes beliau telah disiasat dan diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika menyertai operasi memadam kebakaran di hadapan kuil itu.​​​​​​

Susulan insiden itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy turut berkongsi rasa sedih diatas apa yang telah berlaku melalui laman Facebook rasminya.

Walau bagaimanapun, Facebook miliknya dipercayai telah dinyah-aktifkan selepas menerima kritikan daripada netizen.

Selain itu, gambar profil Facebook turut ditukar menjadi gambar Arwah Muhammad Adib tanpa mengetahui motifnya.

Netizen sempat merakam beberapa status sebelum Facebook miliknya ‘hilang’ awal pagi ini.

Nur Farra